Semak Semua Senarai Protokol COVID-19 Melalui Laman Web Ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membangunkan sebuah laman web baharu yang memudahkan rakyat Malaysia untuk menyemak semua protokol bagi fasa endemik bermula 1 April 2022 ini.

Kini, semua protokol COVID-19 boleh dilihat melalui laman web covidprotocol.moh.gov.my dengan mudah. Hal ini dikatakan demikian kerana, laman web tersebut telah menyenaraikan dengan lengkap tentang semua protokol COVID-19 sama ada kepada mereka yang positif COVID-19, kontak rapat, kontak kasual, pengembara atau kepada mereka yang bergejala.

Sebagai contoh, jika anda bergejala, anda boleh klik pada button 'I feel unwell' untuk mengetahui protokol atau langkah seterusnya yang perlu dilakukan. Kalau anda mempunyai gejala, anda hanya perlu membuat ujian RTK-Ag sahaja dan memuat naik keputusan dalam aplikasi MySejahtera.

Bukan keputusan positif COVID-19 sahaja yang perlu memuat naik keputusan dalam aplikasi MySejahtera malah keputusan negatif pun perlu dimuat naik dalam aplikasi tersebut. Langkah berbeza pula untuk golongan lain, jadi anda boleh semak sendiri protokol bagi golongan lain pula di laman web covidprotocol.

Melalui laman web ini, KKM berharap agar rakyat Malaysia lebih mudah faham dan mampu mengikuti semua protokol yang telah ditetapkan oleh KKM.

Sumber : KKM

Baca juga :

Berkaitan