Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lampu Signify Mampu Simulasikan Corak Cahaya Matahari

Lampu Signify Mampu Simulasikan Corak Cahaya Matahari

Diterbitkan Oktober 16, 2023 · Dikemas kini Oktober 16, 2023 oleh ariff bukhari

Signify (dahulunya Philips Lighting) bekerjasama dengan Thomson Hospital Kota Damansara (THKD), meningkatkan kesedaran dengan menyebarkan mesej tentang kepentingan penjagaan penglihatan kepada rakyat Malaysia, sempena Hari Penglihatan Sedunia yang disambut pada hari Khamis kedua bulan Oktober setiap tahun.

Signify menerusi produk mereka, Philips EyeComfort LED percaya bahawa langkah pertama dalam penjagaan penglihatan di tempat kerja adalah memilih pencahayaan yang sesuai kerana ia membantu mengurangkan ketidakselesaan mata.

Lampu Signify Mampu Simulasikan Corak Cahaya Matahari

Ciri NatureConnect yang inovatif oleh Signify dapat menyerupai cahaya matahari semula jadi dengan mensimulasikan corak harian matahari dan menyalin pemandangan langit menggunakan resipi cahaya dan ini dapat meningkatkan tenaga dan membantu ruang dalaman terasa selaras dengan alam.

Bersempena dengan Hari Penglihatan Sedunia tahun ini juga, Signify dan THKD menjemput orang ramai ke THKD pada 16 dan 17 Oktober dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang untuk mendapatkan akses kepada pemeriksaan mata percuma meliputi penilaian penglihatan, pemeriksaan tekanan mata, dan penilaian mata lelah komputer.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Jalan Persekutuan Akan Dilengkapi Lampu Isyarat Pintar, Lampu Jalan LED
  • Cepat Sambar iPhone 14 Pro Max Dan Jimat Sehingga RM850 Sebelum 17 Oktober 2023

Sumber: Siaran media Signify

(Beli pelbagai pilihan lampu Philips dari stor rasmi di Shopee dan Lazada)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY