Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Selepas Windows, Teknik Sebar Persian Hasad Ini Kini Diguna Pada Pengguna Mac Pula

Selepas Windows, Teknik Sebar Persian Hasad Ini Kini Diguna Pada Pengguna Mac Pula

Diterbitkan Mei 12, 2026 · Dikemas kini Mei 12, 2026 oleh ariff bukhari

Serangan siber terbaru dikenali sebagai ClickFix kini menyasarkan pengguna macOS selepas sebelum ini menipu pengguna Windows.

ClickFix adalah teknik yang cuba memperdaya pengguna agar menjalankan arahan berniat jahat pada peranti mereka dengan mengeksploitasi kecenderungan mangsa mereka menyelesaikan masalah teknikal kecil seperti pengesahan manusia dan semakan CAPTCHA dengan membawa mangsa ke laman palsu.

Selepas Windows, Teknik Sebar Persian Hasad Ini Kini Diguna Pada Pengguna Mac Pula
Contoh cubaan ClickFix memperdaya mangsa di laman binancepizza[.]info.
Ia biasanya memberi pengguna arahan yang melibatkan gesaan klik, menyalin dan menampal lalu menjalankan arahan terus dalam kotak dialog Windows Run, Windows Terminal atau Windows PowerShell.

Jadi, untuk pengguna Mac pula, penyelidik Microsoft melaporkan, modus operandi penyerang adalah hampir sama iaitu dengan menyamar sebagai panduan teknikal atau mesej sistem palsu, lalu menggesa mangsa membuka Terminal dan menampal arahan berbahaya.

Arahan ini menyebabkan pencuri data memperoleh akses ke atas maklumat peribadi, termasuk Keychain iCloud dan dompet kripto.

“…pelaku ancaman cuba mengambil kesempatan daripada pengguna yang mencari nasihat berguna tentang isu berkaitan macOS (contohnya, mengoptimumkan ruang cakera mereka) dalam laman blog dan platform kandungan lain yang dipacu pengguna dengan mengehoskan arahan berniat jahat mereka di laman web ini.”

Mereka turut menyebarkan “tutorial” palsu di laman web dan blog untuk meyakinkan pengguna.

Namun, pengguna Mac tidak perlu bimbang kerana pihak Apple telah mengatasi isu serangan ini, dengan memperkenalkan ciri keselamatan baharu dalam versi macOS 26.4 yang memberi amaran apabila pengguna menampal arahan mencurigakan ke dalam Terminal.

Sistem lebih pintar ini sekali gus mengurangkan gangguan kepada pembangun tetapi tetap menyekat kod berbahaya.

https://x.com/ClassicII_MrMac/status/2036797948911141129?s=20

Selain itu, XProtect turut dikemas kini untuk mengesan varian perisian hasad berkaitan.

Jadi, jika anda pengguna macOS, pastikan anda telah mengemaskini macOS anda ke versi terkini.

Apa pun, pengguna Mac kini perlu lebih berhati-hati dengan tidak mudah percaya pada “panduan” di internet.

Berkaitan

  • macOS vs Windows - Ini Pendapat Saya Selepas Lebih 20 Tahun Guna Mac
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • "Copilot Untuk Hiburan Sahaja, Risiko Guna Tanggung Sendiri" - Microsoft

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY