Selepas USB-C, EU Mungkin Akan Kembalikan Bateri Boleh Tanggal

Kesatuan Eropah telah bersetuju untuk membawakan sebuah lagi undang-undang ke peringkat seterusnya. Salah-satunya akan menuntut pembuat peranti membenarkan bateri pada alat elektronik mereka boleh ditanggalkan pengguna.

Undang-undang ini sebenarnya merangkumi skop lebih besar berkaitan bateri, termasuklah kitaran hayat bateri, rekaan hingga hujung hayat bateri.

Ia terpakai pada kesemua jenis bateri terjual di negara-negara anggota EU iaitu bateri portable, SLI, LMT, EV dan industri.



SLI ialah singkatan pada starting, lighting, ignition yang merujuk pada bateri digunakan pada kenderaan hari ini. LMT ialah singkatan pada Light Means of Transport yang digunakan pada skuter elektrik dan seumpamanya. EV pula merujuk pada kenderaan/kereta elektrik.

Bukan itu saja, pengisytiharan jejak karbon dan labelnya juga perlu ada pada bateri EV.

Setelah 3 tahun undang-undang ini berkuat kuasa, maka barulah wajib kesemua pengeluar menggunakan bateri yang boleh ditanggalkan (removable) pada peranti mereka.



Ia haruslah datang dengan rekaan yang memudahkan pengguna menanggalkan dan menggantikannya dengan sendiri.

Bagi maklumat bateri pula, ia haruslah lengkap dengan label dan kod QR yang mengandungi maklumat seperti kapasiti bateri, prestasi, ketahanan, bahan kimia dan lain-lain.



Untuk bateri industri dan LMT yang berkapasiti atas 2KwH dan bateri EV, ia harus mempunyai "paspot digital".

Namun, ia masih dilaksanakan secara rasmi buat masa sekarang. Langkah seterusnya bagi menjadikan pelaksanaan undang-undang ini realiti ialah untuk Parlimen dan Majlis luluskannya nanti.

{suggest}

Tidak cukup dengan itu, EU juga menuntut bateri-bateri lama perlu dikutip semula; sekurang-kurangnya 45% pada 2023, 63% menjelang 2027 (bateri mudah alih).

Selain itu, kesemua bateri terbuang ini perlu dikumpul secara percuma bagi pelanggan tanpa mengira jenama mahupun keadaan bateri.

Jika anda ketinggalan, EU sebelum ini telah meluluskan rang undang-undang mewajibkan kesemua peranti mudah alih hadir dengan sokongan pengecasan melalui USB-C dan kesemua pengeluar peranti benarkan pengguna muat turun aplikasi di luar gudang aplikasi (sideload).

Inilah yang menjadi punca Apple terpaksa menggantikan Lightning dengan port USB-C pada iPhone seterusnya.

Sumber: Kesatuan Eropah