Serigala purba (Dire wolf) yang pernah pupus hampir 10,000 tahun dahulu kini “dihidupkan semula” oleh syarikat kejuruteraan genetik, Colossal Biosciences.
Syarikat itu berjaya mencipta semula haiwan purba itu melalui DNA yang diambil daripada fosil gigi berusia 13,000 tahun dan tengkorak berusia 72,000 tahun dan 20 suntingan genetik ke atas serigala moden (grey wolf), spesies terdekatnya yang masih hidup supaya DNA itu menyerupai DNA Dire Wolf.
Menerusi kepakaran kejuruteraan genetik, mereka berjaya menghasilkan sebanyak tiga anak serigala purba menggunakan teknologi CRISPR yang berbulu berwarna putih berdasarkan analisis bahawa spesies asal berkemungkinan berbulu putih salji.
Semua serigala itu kini tinggal di kawasan perlindungan seluas lebih 2,000 ekar di lokasi rahsia.
Anak serigala ini dijangka membesar hingga lebih besar dari serigala biasa. 3 anak serigala itu dinamakan sebagai Romulus & Remus (dua jantan), sempena legenda pengasas Rom dan Khaleesi (betina) nama yang diambil dari watak dalam siri popular Game of Thrones.
“Ramai anggap dire wolf sebagai makhluk fantasi, tapi sebenarnya ia wujud dan pernah memainkan peranan penting dalam ekosistem Amerika.” — George R.R. Martin, pengarang Game of Throne.

Colossal pernah umumkan rancangan untuk menghidupkan semula mamot berbulu, harimau Tasmania, dan burung dodo, menjadikan kejayaan dire wolf ini sebagai bukti teknologi mereka berkesan.
Syarikat ini juga berhasrat untuk menempatkan kembali serigala gergasi dalam kawasan pemuliharaan di tanah komuniti Orang Asli Amerika Utara.
Colossal juga telah mengklon dua kumpulan serigala merah, salah satu spesies serigala paling terancam di dunia, sebagai sebahagian daripada misi pemuliharaan mereka.
Terdahulu, mereka turut berjaya melahirkan tikus yang ada ciri-ciri mamot, berbulu tebal dan tahan sejuk.
{suggest}
Sumber: Colossal