Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Selepas Lebih 30 Tahun Terkandas, Aisberg Terbesar Di Dunia Kini Bergerak Ke Perairan Lebih Panas

Selepas Lebih 30 Tahun Terkandas, Aisberg Terbesar Di Dunia Kini Bergerak Ke Perairan Lebih Panas

Diterbitkan Disember 19, 2024 oleh ariff bukhari

Aisberg terbesar di dunia, A23a, kini kembali hanyut selepas terperangkap selama beberapa bulan di Lautan Selatan, menurut British Antarctic Survey (BAS).

Dengan keluasan 3,672 kilometer persegi yang mana ia adalah yang dua kali ganda saiz Greater London dan berat hampir satu trilion tan, A23a terpisah daripada ais Filchner-Ronne pada tahun 1986 dahulu dan terkandas di Laut Weddell selama lebih 30 tahun.

Ia kemudian bergerak mengikuti arus lautan tetapi terperangkap dalam pusaran air berpusing yang disebabkan oleh gunung bawah laut.

Kini ia bebas, A23a dijangka hanyut ke perairan yang lebih panas berhampiran Pulau Georgia Selatan, di mana ia mungkin pecah dan mencair di sana.

Walaupun pemisahan bongkah ais ini adalah sebahagian daripada kitaran semula jadi rak ais dan tidak akan menaikkan paras laut, perubahan iklim mempercepatkan perubahan membimbangkan di Antartika.

Para saintis telah mengkaji hakisan gunung ais ini serta peranannya dalam kitaran nutrien lautan, kerana gunung ais besar seperti A23a boleh menyuburkan perairan sekitarnya, menyokong ekosistem marin.

Penyelidik BAS sedang menganalisis sampel air untuk memahami kesan ekologiĀ  aisberg ini serta peranannya dalam kitaran karbon dan nutrien.

Berkaitan

  • Aisberg Terbesar Di Dunia Dikesan Berpusing Dan Semakin Mencair
  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Google Pixel Kini Ada Ciri Pengecasan Baharu, Ini Cara Aktifkannya

Sumber: British Antarctic Survey

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY