Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
matahari antartika

Selepas 4 Bulan “Hilang”, Matahari Kembali Muncul Di Antartika

Diterbitkan Ogos 26, 2022 · Dikemas kini Ogos 26, 2022 oleh ariff bukhari

Antartika kini kembali disinari dengan pancaran cahaya matahari selepas 4 bulan bergelap tanpa Matahari.

Kehadiran matahari menandakan berakhirnya musim sejuk di Antartika.

Ketika musim sejuknya, Antartika mencatatkan suhu serendah -80 darjah Celsius di bawah langit yang gelap gelita.

Kemunculan semula matahari di Antartika dikongsikan oleh Agensi Angksa Eropah (ESA) menerusi Twitter rasmi mereka.

Berkaitan

  • Lubang Ozon Di Antartika Kembali Dengan Saiz Yang Lebih Besar
  • Akibat Suhu Lebihi Paras Normal, Dunia Saksikan Ais Antartika Seluas Bandar Los Angeles Runtuh
  • Kewujudan Ais Baharu Di Artik Dan Antartika Dilaporkan Semakin Perlahan

It's the end of winter in the #UpsideDown aka Antarctica. @DrHagson & Concordia station crew welcomed the sun after 4 months of night, sending the flood light in this 📸for its seasonal rest. What's up and what's next for the crew 👉 https://t.co/M4nPYs9F0D pic.twitter.com/VNFj4M83Oa

— Human Spaceflight (@esaspaceflight) August 19, 2022

Terdapat seramai 12 krew saintis yang berada di stesen kajian Concordia di bawah tajaan ESA.

Stesen itu hanya sejauh 1000 kilometer sahaja dari Kutub Selatan

Mereka berada pada kedudukan 3233 meter dari aras laut yang menyebabkan mereka merasai pengalaman yang dikenali sebagai chronic hypobaric hypoxia atau kekurangan oksigen di dalam otak.

Di antartika, malam yang panjang bermula dalam bulan Mei tahun ini.

Sepanjang 4 bulan yang gelap di Antartika, ia dimanfaatkan oleh saintis bagi eksplorasi angkasa dan latihan angkasawan.

Sumber: ESA, ESA 2

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY