Selalu Jumpa Kod Ralat "404 Page Not Found" Tetapi Tidak Faham, Mari Kenali Kod Ralat HTTP Beserta Maksudnya

Semasa melayari internet tidak kira sama ada menggunakan telefon pintar mahupun komputer, anda sudah pasti pernah mengalami masalah mengakses sesuatu halaman web dan ia memaparkan kod ralat seperti ...

  • 404 Not Found,

  • 403 Forbidden,

  • 502 Bad Gateway,


...dan beberapa kod ralat yang lain. Bagi anda yang mempunyai asas dalam ilmu perkomputeran mungkin sedikit sebanyak tahu dan faham dengan apa sedang dialami. Tetapi bagaimana pula jika anda tidak faham langsung tentang kod ralat yang terpapar itu.

Artikel kali ini membawakan beberapa senarai kod ralat HTTP yang sering dialami pengguna ketika sedang melayari internet.

Untuk mudah difahami, kod yang bermula dengan angka 4xx adalah ralat yang datang dari bahagian pengguna.

Sementara kod yang bermula dengan angka 5xx adalah ralat yang datang dari bahagian pelayan.

Apakah kod-kod ralat itu?

400 Bad Request - Kod ini bermaksud permintaan yang anda hantar ke pelayan laman web (misalnya, permintaan untuk memuatkan laman web) entah bagaimana menjadi salah.

401 Unauthorized - Kod ini bermaksud halaman tidak boleh diakses sehingga anda memasukkan nama pengguna dan kata laluan yang betul.

403 Forbidden - Kod ini bermaksud anda sama sekali tidak boleh mengakses halaman ini kerana tidak mempunyai kebenaran.

404 Not Found - Kod ini bermaksud halaman yang anda cuba akses ini tidak dijumpai di dalam pelayan laman web. Antara kod status paling popular.

408 Request Timeout - Kod ini bermaksud permintaan yang anda hantar ke pelayan laman web telah telah tamat masanya.

500 Internal Server Error - Kod ini sangat umum bermakna, sesuatu masalah berlaku pada pelayan laman web tetapi pelayan tidak dapat mengenal pasti masalah secara spesifik.

502 Bad Gateway - Kod ini bermaksud pelayan bertindak sebagai pintu masuk atau proksi dan menerima respons tidak sah dari pelayan huluan.

503 Service Unavailable - Kod ini bermaksud laman web tidak tersedia buat masa sekarang

504 Gateway Timeout - Kod ini bermaksud pelayan bertindak sebagai pintu masuk atau proksi dan tidak menerima respons yang tepat pada masanya dari pelayan huluan.

Sebenarnya banyak lagi senarai kod ralat HTTP dan dimulai dengan angka seperti 1, 2, dan 3, tetapi diatas merupakan senarai kod ralat yang biasa dihadapi oleh pengguna.

Glosari

Pelayan - Server

Pelayan laman web - Website server

Pintu masuk - Gateway

Proksi - Proxy

Memuatkan - Loading