Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lenovo Lancarkan ‘Laptop’ Siri Yoga Baharu – 3 Model Diperkenalkan

Lenovo Lancarkan ‘Laptop’ Siri Yoga Baharu – 3 Model Diperkenalkan

Diterbitkan Ogos 25, 2022 · Dikemas kini Ogos 25, 2022 oleh Firdaus

Bulan Ogos ini, Lenovo telah melancarkan komputer riba baharu untuk siri Yoga.

{suggest}

Siri Yoga terdiri daripada 3 komputer riba baharu – Lenovo Yoga 9i, Lenovo Yoga 7i dan Lenovo Yoga Slim 7i Pro.

Lenovo Yoga 9i

Yoga 9i_04

Lenovo Yoga 9i adalah sebuah komputer riba yang berkuasa dengan sistem Rotating Sound Bar yang memberi pengalaman tontonan yang lebih menyeluruh.

Yoga 9i dikuasakan cip Intel Core i7 Gen 12, menggunakan sistem operasi Windows 11, sokongan RAM hingga 16GB LPDDR5, sokongan storan Gen 4 SSD hingga 1TB.

Manakala, ‘laptop’ ini menawarkan tiga jenis paparan skrin bersaiz 14 inci dengan resolusi 4K OLED (3840 x 2400), 2.8K OLED (2880 x 1800) dan FHD LCD (1920 x 1200).

Yoga 9i_03

Komputer riba ini dijual pada harga permulaan, RM5710. Manakala, ia turut dijual pada harga RM6699 di kedai rasmi Shopee dan Lazada.

Lenovo Yoga 7i

Lenovo Lancarkan ‘Laptop’ Siri Yoga Baharu – 3 Model Diperkenalkan

Lenovo Yoga 7i adalah sebuah komputer riba yang versatil dan pelbagai guna kerana sokongan engsel 360 darjah yang menyokong mod komputer riba dan tablet.

Yoga 7i dijana cip Intel Core i7 Gen 12, menjalankan Windows 11, sokongan RAM hingga 16GB, sokongan storan PCIe SSD Gen 4 hingga 1TB.

Manakala, ‘laptop’ ini mempunyai paparan skrin bersaiz 14 inci dengan pilihan resolusi 2.8K OLED (2880 x 1800) dan 2.2K LCD (2240 x 1400).

 

Lenovo Lancarkan ‘Laptop’ Siri Yoga Baharu – 3 Model Diperkenalkan

Komputer riba versatil ini dijual pada harga permulaan, RM4189. Peranti ini juga dijual pada harga RM4399 di kedai rasmi Shopee dan Lazada.

Lenovo Yoga Slim 7i Pro

Lenovo Lancarkan ‘Laptop’ Siri Yoga Baharu – 3 Model Diperkenalkan

Lenovo Yoga Slim 7i Pro adalah sebuah komputer riba yang memberikan prestasi utama dalam bentuk yang lebih ringkas, ‘sleek’ dan mudah dibawa.

Yoga Slim 7i Pro dikuasakan cip Intel Core i7 Gen 12 (i7-1260P/ i7-12700H), menjalankan Windows 11 Pro, sokongan RAM LPDDR5 hingga 16GB, sokongan storan PCIe SSD Gen 4 hingga 1TB.

Manakala, ‘laptop’ ini mempunyai paparan skrin bersaiz 14 inci dengan pilihan resolusi paling rendah 2.2K (2240 x 1400) IPS hinggalah 2.8K (2880 x 1800) OLED.

08_Yoga_Slim_7i_Pro_Gen7_Hero_Front_Facing_Right (1)
Lenovo Lancarkan ‘Laptop’ Siri Yoga Baharu – 3 Model Diperkenalkan

Komputer riba ‘sleek’ ini dijual pada harga permulaan, RM4149 di Lenovo Malaysia Official Online Store dan juga dijual pada harga RM4899 di kedai rasmi Shopee dan Lazada.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY