Kesannya, beberapa buah syarikat berkaitan teknologi China termasuk Huawei telah mengalami beberapa jenis sekatan untuk menjalankan perniagaan di negara Uncle Sam tersebut.
Berhubung perkara itu, Huawei baru-baru ini telah memberi amaran kepada Amerika untuk membenarkan mereka membangunkan teknologi 5G di negara berkenaan, atau China akan menjadi yang pertama hadir dengan teknologi tersebut.
Huawei mendakwa tanpa mereka, pembangunan 5G di Amerika akan menjadi perlahan serta bertambah mahal untuk dilaksanakan, terutamanya di kawasan luar bandar.
Ini kerana kebanyakkan syarikat penyedia perkhidmatan rangkaian mudah alih lebih tertarik kepada produk dan servis daripada Huawei. Ia disebabkan oleh produk dan servis yang ditawarkan adalah lebih murah dan mempunyai kualiti yang setaraf dengan pembangun-pembangun lain.
Perkara itu telah disampaikan oleh wakil Huawei kepada pihak Suruhanjaya yang mengendalikan kes berkenaan. Huawei berharap agar perkara ini dipertimbangkan dengan serius memandangkan ia akan memberi kebaikan kepada kedua-dua belah pihak.
Sumber : Telecoms
Berkaitan
- Huawei P20 Pro Hadir Dengan Empat Variasi Warna Terbaru
- U Mobile Dan Huawei Malaysia Bekerjasama Meneroka Rangkaian 5G
- Sony, Nintendo Benarkan Pengguna Baiki Konsol Permainan Tanpa Membatalkan Warranti
- Celcom Pula Mula Tawarkan Pakej Terbaru Bagi Huawei Siri P20
- Peranti Kelas Permulaan Terbaik Huawei Bakal Dilancarkan Pada 11.11 Ini
- Axon 9 Pro Dengan Rekaan Takuk Mewarnai Kemunculan Semula ZTE Ke Pasaran
- Huawei Tampil Pula Dengan Model Y5 2017 Memfokuskan Pada Model Kelas Pertengahan
- Imej Sebenar Huawei Mate 20 Dilaporkan Terdedah, Miliki Rekaan Kamera Utama Yang Unik
- Huawei Mate 20 Sah Dikuasakan Dengan Cip HiSilicon Kirin 980
- (Rasmi) Siri Huawei Mate 30 Diperkenalkan, Dilengkapi Cip Baru Kirin 990 Dan Tetapan 4 Kamera Bersama Huawei SuperSensing