28 Years Later, sekuel dari filem terkenal 28 Days Later arahan Danny Boyle, bakal ditayangkan tidak lama lagi.
Filem baru ini masih mengekalkan gaya visual yang unik dan mendebarkan seperti filem asal, tetapi dengan skala yang lebih besar.
Sebelum ini telah dilaporkan bahawa filem ini turut dirakam menggunakan telefon pintar Apple iaitu model iPhone 15 Pro Max.
Selain itu, pengarahnya juga berkongsikan bahawa mereka menggunakan format skrin yang sangat lebar iaitu aspek ratio 2.76:1 untuk mencipta rasa imersif kepada penonton.
Format itu biasa digunakan digunakan untuk layar Imax atau Ultra Panavision 70mm.
Jadi, bagi mendapatkan format yang sama menerusi iPhone, beliau menggunakan sehingga 20 iPhone untuk beberapa adegan di dalam filem tersebut untuk mencipta kesan khas yang unik.
Beberapa teknik kamera lain juga digunakan untuk mencipta suasana imersif itu termasuklah pengunaan dron, rig khas dan kamera yang dipasang terus pada badan pelakon.
‘28 Years Later‘ adalah filem Hollywood dengan bajet USD75 juta (~RM333.75 juta) menjadikannya sebagai filem terbesar setakat ini yang dihasilkan dengan telefon pintar.
Treler filem 28 Years Later sudah pun dikeluarkan yang diterbitkan oleh Sony Pictures Entertainment dengan tayangannya ditetapkan pada 20 Jun 2025.
{suggest}
Sumber: ign