Boleh Aktifkan Mod Gelap Aplikasi Messenger Dengan Cara Hantar Emoji Bulan Kepada Rakan

Mod gelap pada aplikasi Messenger sudah diumumkan sejak tahun lalu lagi, tetapi pengguna masih ternanti-nanti tetapan untuk menggunakannya.

Bagi yang mahu mengaktifkannya, kini ia boleh diaktifkan dengan cara menghantar emoji berbentuk bulan sabit kepada rakan lain.



Paparan untuk tetapan akan keluar dibahagian atas. Apabila butang itu ditekan, anda akan dibawa kepada menu Settings aplikasi dan boleh aktifkan mod gelap.



Jika tidak berjaya, kemaskini dahulu aplikasi anda kepada versi terkini. Cara ini boleh digunakan untuk kedua-dua platform telefon pintar, Android dan iOS.