Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kurier dan Pos

Secara Purata, 87% Bungkusan Pos Dan Kurier Diterima Pelanggan Dalam Tempoh Tiga Hari

Diterbitkan Ogos 16, 2020 · Dikemas kini Ogos 16, 2020 oleh ariff bukhari

Termasuk penghantaran di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyatakan bahawa berdasarkan Penilaian Kurier Tahunan berasaskan Indeks Pelanggan Perkhidmatan Industri Kurier, kualiti perkhidmatan industri kurier negara telah meningkat sebanyak 4% pada tahun 2019 dengan mencapai tahap 70% berbanding 66% pada 2018 dahulu.

Menurut SKMM, prestasi syarikat kurier dalam aspek penghantaran bungkusan telah menunjukkan perkembangan positif apabila secara purata sebanyak 87% bungkusan telah diterima pelanggan dalam tempoh tiga hari di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Hasil daripada Indeks Pelanggan Perkhidmatan Industri Kurier itu juga, SKMM mendapati, pelanggan mengutamakan aspek harga sebagai faktor penentu kepada kepuasan, diikuti dengan ketepatan masa dalam penghantaran bungkusan.

SKMM akan menganjurkan Anugerah Penghantaran E-Dagang 2019 pada lewat tahun ini.

Jadi indeks penilaian ke atas penyedia perkhidmatan pos dan kurier akan menjadi kriteria utama bagi SKMM menentukan pemenang Anugerah Penghantaran E-Dagang 2019 itu nanti.

Sumber: SKMM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY