Sebuah Telefon OPPO Siri-A Baharu Bakal Masuk Pasaran Malaysia

OPPO Malaysia hari ini mengumumkan kehadiran sebuah lagi telefon pintar siri-A, iaitu OPPO A95 buat pasaran tempatan.

OPPO A95 menampilkan rekaan baharu yang mana terdapat dua pilihan warna - Glowing Starry Black dan Glowing Rainbow Silver. Bersama-samanya di belakang, hadir dengan tiga tetapan kamera.



Jika mengimbas kembali ketika dilancarkan di China, tiga lensa tersebut merangkumi 48MP utama dengan padanan 8MP sudut ultra-lebar dan 2MP makro. Selain itu, turut dilengkapi skrin 6.43 inci menggunakan panel AMOLED serta dikuasakan cip MediaTek Dimensity 800U 5G.

Buat masa sekarang, spesifikasi yang dapat dipastikan adalah bateri 5000mAh dengan kelajuan mengecas 33W serta memori 8GB+5GB RAM dan 128GB storan dalaman.

Bagaimanapun, OPPO tidak berkongsikan bilakah tarikh rasmi pelancarannya. Namun, bagi yang berminat, anda boleh daftarnya di SINI.

Sumber: Siaran Akhbar OPPO

Baca juga: