Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sebuah Model Telefon Dari Samsung Dikesan Pakai Snapdragon 750G dan Android 12

Sebuah Model Telefon Dari Samsung Dikesan Pakai Snapdragon 750G dan Android 12

Diterbitkan Januari 24, 2022 oleh Faiz Munir

Hari ini, telefon baharu daripada Samsung beserta spesifikasi dikesan di laman sesawang Geekbench. Telefon ini mungkin penerus kepada Galaxy F22 iaitu Galaxy F23 5G.

Disertakan menggunakan nombor model SM-E236B, ia dikatakan mungkin peranti Galaxy F23 kerana spesifikasi yang digunakan adalah sama. Dengan menggunakan papan induk “lito”, kita dapat tahu yang peranti ini menggunakan cipset daripada Snapdragon.

Sebuah Model Telefon Dari Samsung Dikesan Pakai Snapdragon 750G dan Android 12

Markah SM-E236B untuk satu teras adalah 640 dan markah untuk multi-teras adalah 1820. Selain itu, ia juga menggunakan GPU Adreno 619  dan akan hadir dengan OneUI berasaskan Android 12. Oleh itu, jangkaan cipset yang digunakan adalah Snapdragon 750G jika berdasarkan daripada markah yang diperoleh.

Namun seperti tahun lepas, Samsung telah mengeluarkan 2 model yang sama iaitu Galaxy F22 dan Galaxy M22. Jadi kemungkinan tahun ini juga Samsung akan melakukan perkara yang sama pada model Galaxy F23.

Sumber: MySmartPrice

Baca juga:

  • Bulan Depan Mungkin Dapat Lihat Rupa Android 13
  • Pixel Watch Dan Pixel 6A Dilaporkan Keluar Seawal Mei
  • Cip Snapdragon 7 Gen 1 Dikatakan Dalam Perjalanan Untuk Diumum

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY