Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sebuah Dron Penghantar Barang Di Switzerland Terhempas Berdekatan Sekumpulan Kanan-Kanak

Sebuah Dron Penghantar Barang Di Switzerland Terhempas Berdekatan Sekumpulan Kanan-Kanak

Diterbitkan Ogos 3, 2019 · Dikemas kini Ogos 3, 2019 oleh ariff bukhari

Ini adalah insiden kedua melibatkan kemalangan servis dron penghantaran barang di negara tersebut.

Satu insiden yang melibatkan perkhidmatan dron penghantar barang telah berlaku di Switzerland apabila dron tersebut dilaporkan terhempas kurang daripada 150 kaki dari kedudukan sekumpulan kanak-kanak.

Insiden tesebut dipercayai berlaku apabila sistem ciri keselamatan dron tersebut gagal berfungsi mengaktifkan pelepasan payung terjunnya.

Walaupun insiden itu tidak melibatkan sebarang kecederaan, pihak yang menguruskan servis tersebut, Matternet dengan segera menghentikan sementara perkhidmatan mereka sehingga selesai siasatan bagi mencari punca kepada insiden yang berlaku itu.

Program penghantaran dron di Switzerland merupakan satu perkhidmatan yang diusahakan secara bersama antara Swiss Post (syarikat swasta yang bertanggungjawab menguruskan sistem pengeposan di Switzerland) dengan Matternet, iaitu syarikat yang berpangkalan di A.S.

Sebuah Dron Penghantar Barang Di Switzerland Terhempas Berdekatan Sekumpulan Kanan-Kanak
Selain dron, Swiss Post turut menyediakan perkhidmatan hantar barangan menggunakan robot. Kredit: Swiss Post

Dron yang digunakan bagi servis penghantaran barang itu adalah seberat 10kg dan mampu membawa kargo seberat 2kg. Setakat ini, servis ini telah pun berjaya melaksanakan penghantaran kargo kepada pengguna menerusi 3,000 kali penerbangan sejak servis tersebut diperkenalkan di Switzerland pada tahun 2017.

Insiden yang berlaku baru-baru ini merupakan yang kali kedua di mana insiden kali pertamanya telah berlaku pada awal tahun ini.

Sumber: Tech Crunch

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY