Jumlah kes tersebut menyebabkan kerugian berjumlah RM410.6 juta.
Parlimen Malaysia dimaklumkan, sebanyak 8,489 kes telah direkodkan sepanjang tahun lepas hingga Ogos 2019 akibat kegiatan jenayah scammer.
Ia dimaklumkan oleh Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin dalam jawapan bertulis beliau yang dipaparkan dalam laman web Parlimen.
Daripada jumlah kegiatan jenayah scam itu, ia telah melibatkan kerugian wang ringgit berjumlah RM410.6 juta.
Berikutan isu ini, beliau memaklumkan bahawa pihak kerajaan telah sedaya upaya menangani jenayah scam ini termasuklah dengan melancarkan portal semakan 'mule account' (akaun palsu menggunakan identiti yang dimanipulasi) secara dalam talian melalui laman web rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Malah Menteri juga memaklumkan kewujudan akaun Facebook “Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police” untuk berkongsi maklumat berkenaan modus operandi kes-kes jenayah siber atau komersial untuk memberi peringatan kepada masyarakat mengenai kegiatan keji 'scammer'.
Jawapan bertulis oleh Menteri adalah bagi menjawab soalan Mohd Fasiah Mohd Fakeh (PH-Sabak Bernam) yang meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah kes 'scammer' termasuklah Macau Scammer, Love Scammer dan tawaran pinjaman yang tidak wujud di negara ini bagi tempoh 2018 dan 2019.
Disebalik usaha-usaha dan perkongsian maklumat tentang aktiviti jenayah scam ini, masih terdapat sebilangan rakyat Malaysia yang terpedaya dengan jenayah scam ini.
Sebagai contoh, kes terbaru scam telah menyebabkan kerugian berjumlah RM72,500 apabila seorang pesara guru ditipu oleh penjenayah Macau Scam.
Tidak berhenti di situ, pada 18 Oktober lalu telah dilaporkan media di mana seorang ahli perniagaan di Johor Bharu mengalami kerugian berjumlah RM200 ribu kerana tidak menyedari ditipu oleh scammer.
Sumber: Bernama
Berkaitan
- Buli Siber Mungkin Akan Dikategorikan Sebagai Kesalahan Jenayah
- Pengasas Firma Keselamatan Siber Acronis Takut Dengan Mesin Hampagas Miliknya
- Ini 5 Taktik Penipuan Scammer Mengaitkan LHDN Bagi Menipu Mangsa
- Jenayah Rasuah Didakwa Menular Dalam E-Sukan, Dibimbangi Akan Merosakkan Integriti Pertandingan Ini
- TM Dan CyberSecurity Malaysia Bersatu Perkukuhkan Ruang Siber Negara
- Microsoft Office Adalah Aplikasi Yang Paling Banyak Berdepan Serangan Siber Sepanjang 2019
- Dulu "LHDN", Kini Scammer Menyamar Jadi K-KOMM Pula
- Laporkan Insiden Keselamatan Siber Kepada CyberSecurity Malaysia
- MCMC Dedah Modus Operandi Terkini Penjenayah Siber Memanipulasi SMS
- Bandaraya Seoul Akan Dipasang Kamera Pintar Yang Mampu Mengesan Jenayah Sebelum Ia Berlaku