Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Anda Boleh Ikuti Perkembangan Belanjawan 2019 Langsung Dari WhatsApp

Sebanyak 5% Perbelanjaan Isi Rumah Di Malaysia Digunakan Untuk Membayar Bil Komunikasi

Diterbitkan November 30, 2020 ยท Dikemas kini November 30, 2020 oleh ariff bukhari

Dalam Laporan Survei Perbelanjaan Isi Rumah 2019 yang baru dibentangkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan, secara purata sebanyak 5% atau bersamaan dengan RM229.00 sebulan digunakan oleh isi rumah di Malaysia untuk perbelanjaan komunikasi.

Perbelanjaan komunikasi itu termasuklah langganan perkhidmatan talian telefon, telefaks, pakej internet, siaran tv berbayar dan lain-lain.

Laporan survei itu juga mengkelaskan kepada 5 subkumpulan mengikut had umur.

Bagi had umur 24 tahun dan ke bawah, sebanyak RM169.00 sebulan digunakan untuk perbelanjaan komunikasi.

Untuk umur 35 tahun hingga 34 tahun, mereka membelanjakan sebanyak RM193.00 sebulan untuk komunikasi.

Dari umur 35 tahun hingga 44 tahun pula, mereka membayar bil komunikasi pada kadar purata sebanyak RM202.00 sebulan.

Sementara bagi mereka yang berumur dari 45 tahun hingga 64 tahun, mereka menjadi subkumpulan yang membayar bil komunikasi tertinggi iaitu sebanyak RM217.00 sebulan.

Manakala bagi subkumpulan 65 tahun dan ke atas pula membayar bil komunikasi terendah iaitu pada kadar purata hanya sebanyak RM126.00 sebulan.

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
©2026 WISER.MY