Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Setakat Ini Sudah 6 Suspek Telah Ditahan Kerana Menyebarkan Kandungan Palsu Mengenai Novel Coronavirus

Kesalahan Menyebar Dan Berkongsi Kandungan Lucah Adalah Yang Tertinggi Direkodkan Setakat September Tahun Ini

Diterbitkan November 11, 2020 · Dikemas kini November 12, 2020 oleh ariff bukhari

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari memaklumkan, sebanyak 48 pertuduhan telah difailkan di mahkamah atas kesalahan menyalahguna media sosial.

Jumlah itu adalah bagi tempoh antara Januari sehingga September 2020 lalu. Malah angka itu juga memperlihatkan peningkatan sebanyak 66% lebih tinggi berbanding tempoh yang sama bagi tahun 2019.

Daripada 48 kes yang didakwa itu, sebanyak 34 pertuduhan adalah melibatkan kesalahan yang dilakukan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998, dengan perbuatan berkongsi atau menyebarkan kandungan lucah yang mencatatkan angka tertinggi iaitu sebanyak 22 pertuduhan.

Ia diikuti pula dengan kandungan jelik sebanyak 9 pertuduhan serta kandungan palsu sebanyak 3 pertuduhan.

Manakala selebihnya lagi adalah merupakan kesalahan yang dilakukan di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, seperti yang diputuskan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Jabatan Peguam Negara berpandukan kepada hasil keterangan yang diperoleh.

Kesalahan Menyebar Dan Berkongsi Kandungan Lucah Adalah Yang Tertinggi Direkodkan Setakat September Tahun Ini

Platfom media sosial menerusi aplikasi Facebook dan Twitter  telah mencatatkan angka kes salah guna tertinggi iaitu masing-masing sebanyak 14 pertuduhan dan ia diikuti rapat oleh WhatsApp sebanyak 13 pertuduhan sementara Instagram dan blog masing-masing mencatatkan bilangan terendah iaitu 1 pertuduhan sahaja.

SKMM juga memaklumkan, bagi tempoh 9 bulan pertama tahun 2020 sahaja, sebanyak 178 Laporan Maklumat Pertama (FIR) berkaitan dengan kesalahan penyalahgunaan media sosial. Ia adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan hanya sebanyak 139 yang diterima bagi tempoh yang sama pada tahun 2019.

SKMM juga mengingatkan, sebarang perkongsian atau penyebaran kandungan palsu, jelik dan mengancam adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 233 AKM 1998. Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.

Oleh itu SKMM menggesa orang awam agar sentiasa patuh akan undang-undang dan tampil memainkan peranan dalam membantu pihak berkuasa dalam menangani salah guna media sosial seperti penyebaran berita-berita palsu.

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY