Termasuklah 5 laporan berlakunya kebakaran kecil berpunca daripada bateri MBP tersebut.
Sejak Apple mengisukan masalah bateri Macbook Pro pada 21 Jun 2019 setelah ia didapati boleh menyebabkan kepanasan melampau sehingga membahayakan pengguna, sebanyak 26 laporan telah diterima oleh pihak Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna Amerika Syarikat (CPSC) .
Laporan yang diterima mereka termasuklah 5 laporan berlakunya kebakaran kecil, satu laporan penggunanya terhidu bau asap yang berpunca daripada bateri Macbook Pro serta 17 lagi laporan insiden yang menyebabkan sehingga berlakunya kerosakan kecil pada barangan pengguna yang terletak berhampiran dengan MBP yang terjejas dengan isu ini.
Berikutan dengan isu ini, pihak Apple telah segera memanggil semula model Macbook Pro 15″ yang dijual antara September 2015 dan Februari 2017.
Atau secara spesifiknya adalah terhadap model Macbook Pro yang dilengkapi dengan paparan Retina bersaiz 15.4", cip pemprosesan Intel 2.2 hingga 2.5 GHz, storan SSD berkapasiti 256GB hingga 1TB, 2x sambungan Thunderbolt 2, 2x sambungan USB 3 serta 1x sambungan HDMI.
Bermakna pengguna model Macbook Pro 15" generasi ke-4 dan terbaru yang dilengkapi dengan panel Touch Bar yang mula diperkenalkan Apple pada Oktober 2016 berkemungkinan besar tidak terjejas dengan isu ini.
Atau bagi memastikan secara tepat sama ada Macbook Pro anda terjejas dan layak mengikuti program penggantian bateri percuma yang dijalankan Apple ketika ini, bolehlah semaknya menerusi laman muka 15-inch MacBook Pro Battery Recall Program.
P/s: Kepada pengguna model MBP yang terjejas dengan isu bateri panas melampau ini, anda amat disyorkan segera menukar bateri MBP tersebut sebelum berlakunya perkara yang lebih buruk yang boleh membahayakan keselamatan anda atau lebih buruk turut membahayakan pengguna lain.
Berkaitan
- Intel Perkenalkan Cip Pemprosesan Generasi Ke-12, Alder Lake
- Apple Mungkin Akan Perkenalkan Model Apple Watch Seramik Dan Titanium
- Seorang Rakyat China Didapati Bersalah Menyeludup Masuk 40,000 Peranti Palsu Apple Ke A.S
- Ciri Apple Watch Ini Sekali Lagi Dilaporkan Telah Selamatkan Nyawa Pengunanya
- RESCUECOM Memberikan Gred C Kepada Komputer Apple Macintosh
- 20 Stesen Pemancar Komunikasi Di Daerah Matu, Sarawak Dalam Proses Naik Taraf Kepada 4G
- Apple Sahkan Acara Tahunan WWDC 2024 Akan Berlangsung Jun Ini
- Dengan Menggunakan iPhone 12 Pro Max, Jurufoto Ini Menangi Hadiah Utama Mobile Photography Awards 2021
- Cip Pemprosesan Intel Core i9 Didapati Hampir 20% Lebih Perlahan Berbanding Core i7
- Macbook Pro 2019 Kini Dilengkapi Dengan Cip Pemprosesan 8 teras