Sebanyak 146 Perisian Hasad Didapati Tersedia Pasang Dalam 29 Pengeluar Peranti Android

Telefon pintar dari Samsung, Xiaomi, Asus, Doogee, Leagoo dan Sony adalah antara peranti  yang tersedia membawa perisian hasad di dalamnya.


Kryptowire, laman penyelidik keselamatan peranti pintar telah mendedahkan sejumlah kecacatan firmware dan aplikasi yang tersedia dipasang dalam peranti Android membawa perisian hasad di dalamnya.

"Pre-installed apps and firmware pose a risk due to vulnerabilities that can be pre-positioned on a device, rendering the device vulnerable on purchase." Kryptowire.

Secara tepatnya, mereka menemui sebanyak 146 perisian hasad telah tersedia dipasang di dalam peranti Android yang dibawa menerusi pra pasang aplikasi dalam peranti dan pelbagai lagi menerusi kecacatan yang terdapat di dalam sistem Android.



Jenama-jenama telefon pintar Android yang terjejas pula terdiri daripada 29 pengeluar termasuklah Sony, Samsung, Asus dan Xiaomi.

Berikut adalah senarai penuh pengeluar telefon pintar yang sedia terpasang perisian hasad di dalamnya menurut Krytowire:-



Daripada pendedahan oleh Kryptowire ini, apa yang dapat difahamkan adalah pengguna Android tidak dapat mengelak daripada kecacatan sistem Android yang bersifat terbuka.

Sekaligus mendedahkan penggunanya kepada isu pencerobohan data, tetapan yang meragukan malah lebih dibimbangi adalah tetapan yang boleh diubah pada peranti tanpa pengetahuan penggunanya.

Sumber: GizChina

Berkaitan