Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sebahagian Besar Syarikat EV China Berisiko Pupus Sebelum 2030 – Laporan

Sebahagian Besar Syarikat EV China Berisiko Pupus Sebelum 2030 – Laporan

Diterbitkan Julai 9, 2025 · Dikemas kini Julai 9, 2025 oleh ariff bukhari

Pasaran NEV (new energy vehicle) di China yang sangat kompetitif dengan perang harga, inovasi pantas, dan kemunculan banyak pemain baru telah mendorong kemajuan teknologi dan kecekapan kos.

Namun begitu, situasi ini menyukarkan syarikat mencapai keuntungan mampan.

Dalam laporan 2025 AlixPartners Global Automotive Outlook berkata, pertumbuhan domestik yang perlahan dan halangan perdagangan global, pembuat EV China perlu membina jenama kuat, melabur dalam teknologi canggih seperti pemanduan autonomi dan menyesuaikan operasi di pasaran antarabangsa.

Dr. Stephen Dyer, Ketua bagi Amalan Automotif dan Perindustrian di AlixPartners Asia berkata, hanya syarikat yang cepat beradaptasi, cekap, berskala besar dan mampu menghadapi cabaran domestik serta global sahaja yang akan terus berjaya di peringkat dunia.

AlixPartners meramalkan, hanya 15 daripada 129 jenama NEV China yang beroperasi kini akan mampu bertahan menjelang 2030.

“Dari 129 jenama yang menjual NEV pada tahun 2024, 15 dijangka mencapai keberlangsungan kewangan menjelang tahun 2030, merangkul tiga per empat daripada jumlah bahagian pasaran NEV.” AlixPartners.

Walaupun pembuat NEV China memiliki kelebihan kos, inovasi pantas, dan model operasi yang cekap (kos 30% lebih rendah dan pelaburan 40–50% lebih kecil), persaingan sengit dan perang harga menjejaskan keuntungan jangka panjang syarikat.

Banyak syarikat pengeluar EV China kini menunjukkan pulangan pelaburan yang negatif, seperti NIO (-39.65%) dan XPeng (-14.41%), yang menunjukkan ketidakmampuan mencapai keuntungan mampan walaupun dengan sokongan subsidi kerajaan.

Jadi, AlixPartners menyimpulkan, memahami dan memanfaatkan revolusi mobiliti canggih, termasuk ADAS (sistem bantuan pemandu lanjutan), menjadi kunci utama.

China kini yang memimpin dalam teknologi kereta, bukan sekadar dari segi kos, tetapi juga dari NEV hingga ADAS.

Laporan itu menyatakan pertumbuhan pasaran global ADAS lebih pesat berbanding kenderaan tradisional, dan dijangka mencecah $50 bilion pada 2030, dengan China menguasai 45% pasaran.

Penganalisis menyatakan bahawa proses penyusutan jumlah pemain ini akan berlaku secara beransur-ansur kerana sokongan kerajaan tempatan dengan hanya pemain besar, cekap dan berdaya tahan akan berpotensi kekal dominan.

Berkaitan

  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • Pengasas Bersama Twitter Cipta Aplikasi Saingi WhatsApp, Tidak Perlu Sambungan Internet
  • 2 Tayar Baharu Continental Cekap Bahan Api, Lebih Senyap Untuk EV Dan Hibrid

Sumber: The Epoch Times

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kementerian Kewangan Nafi Dakwaan Caj Perkhidmatan QR Akan Dikenakan Mulai 1 November
  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
©2026 WISER.MY