Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Langkawi UNESCO GEOPARK Global

Satu Lagi Lokasi Di Malaysia Terima Status ‘UNESCO Global Geopark’

Diterbitkan Jun 15, 2023 · Dikemas kini Jun 15, 2023 oleh ariff bukhari

Pada tahun 2012 dahulu, Malaysia telah menjadi salah satu ahli dalam Rangkaian Global Geopark Negara di bawah UNESCO (Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan PBB) selepas Pulau Langkawi, Kedah menerima status UNESCO Global Geopark pada tahun 2007 dahulu.

Kini satu lagi tempat di Malaysia telah terpilih untuk status itu iaitu Gunung Kinabalu yang terletak di dalam negeri Sabah.

Status itu diterima pada 24 Mei 2023 lalu. Gunung Kinabalu UNESCO Global Geopark meliputi kawasan seluas 4,750 km2. 

gunung kinabalu, UNESCO GEOPARK Global

Geopark itu menjadi rumah kepada pelbagai jenus tumbuhan dan haiwan endemik, termasuk 90 spesies orkid yang hanya wujud di Gunung Kinabalu,dan burung ayam hutan berkepala merah yang tidak ditemui di tempat lain di Bumi.

Pemilihan Gunung Kinabalu adalah salah satu daripada 18 lokasi baharu lain yang turut terpilih untuk status UNESCO itu.

Sekaligus  menjadikan jumlah keseluruhan lokasi yang sudah menerima status UNESCO Global Geopark setakat ini berjumlah 195 kesemuanya yang meliputi luas permukaan 486,709 km2.

Ia bersamaan dengan dua kali ganda saiz United Kingdom. Dua Negara Anggota UNESCO baru yang menyertai rangkaian itu buat pertama kalinya adalah New Zealand dan Filipina.

🔴 BREAKING 🔴

Congratulations to 🇧🇷🇬🇷🇮🇩🇮🇷🇯🇵🇲🇾🇳🇿🇳🇴🇵🇭🇰🇷🇪🇸🇹🇭🇬🇧 for the designation of their #geoparks which combine geological heritage with sustainable tourism & science!

Discover the fascinating history behind the 18 new #UNESCOGeoparks: https://t.co/Xn7y6yxBC8 pic.twitter.com/VlkuX8N8p9

— UNESCO 🏛️ #Education #Sciences #Culture 🇺🇳 (@UNESCO) May 24, 2023

Penamaan UNESCO Global Geopark telah dicipta pada tahun 2015 dahulu yang mengiktiraf “warisan geologi kepentingan antarabangsa”.

Geopark memberi perkhidmatan kepada komuniti tempatan dengan menggabungkan pemuliharaan dengan jangkauan awam dan pendekatan pembangunan yang mampan.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Kecerdasan Buatan Menambah Lagi Bahana Sedia Ada - PBB
  • Menteri MOSTI Lancar Troli Beli-Belah Pintar Dan Berteknologi Tinggi
  • Bimbang Privasi Data, Google Tangguh Pelancaran Bard Di Eropah

Sumber: PBB

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Akan Sekat Enjin Carian Bagi Sekolah Yang Menolak AI
  • Reddit Mula Uji Paparan Iklan Dalam Hasil Carian
  • CelcomDigi Tawar Pas Perantauan Umrah Pada Harga RM100 - Boleh Digunakan Di 6 Negara
  • Jepun Guna Permainan Telefon Pintar Untuk Bantu Periksa Tiang Utiliti
  • Windows 11 Kini Lebih Responsif Pada PC RAM 8GB, 'Multitasking' Sehingga 40% Lebih Pantas
  • Netflix Perkenal Tab Baharu 'AI Discover'
  • Chatbot AI Google Mungkin Langgar Peraturan Hak Cipta Akhbar: Penasihat undang-undang EU
  • Senarai Telefon Xiaomi, REDMI Dan POCO Yang Terima HyperOS 4, Mula Diedarkan Hari Ini
©2026 WISER.MY