Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Satelit Piko Pertama Malaysia Berjaya Dilancarkan Dengan Roket SpaceX

Satelit Piko Pertama Malaysia Berjaya Dilancarkan Dengan Roket SpaceX

Diterbitkan November 13, 2023 oleh ariff bukhari

SpaceIn Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat spin-off Universiti Sains Malaysia (USM) yang pakar dalam pembuatan satelit kecil dan perkhidmatan IoT satelit mengumumkan kejayaan mereka melancarkan satelit piko pertama Malaysia, SpaceANT-D.

Pelancaran satelit itu menggunakan roket Falcon 9 milik SpaceX dari Vandenberg Space Force Base, California pada 2.47 pagi waktu Malaysia.

Satelit Piko Pertama Malaysia Berjaya Dilancarkan Dengan Roket SpaceX

SpaceIn Sdn Bhd dalam hantaran mereka di Facebook menyatakan, pencapaian ini adalah hasil kerja keras dan dedikasi selama berbulan-bulan daripada seluruh pasukan SpaceIn, dan ia sememangnya satu peristiwa penting bagi mereka.

“Perjalanan kami bermula pada Jun 2022 apabila kami memulakan pembangunan SpaceANT-D, satelit demonstrasi teknologi yang direka untuk menerima data daripada penderia tanah dan menghantarnya kembali ke stesen bumi kami. Setelah diterima, data berharga ini akan dihantar dengan lancar ke awan, memudahkan pengguna mendapatkan semula.” SpaceIn.

Pembangunan satelit ini adalah hasil kerjasama SpaceIn dengan Universiti Sains Malaysia dan Persatuan Pemancar Radio Amatur Malaysia (MARTS).

SpaceANT-D disimpan di dalam pengatur Alba Orbital dan akan digunakan sebaik sahaja ia mencapai orbit. Alba Orbital ialah penyedia perkhidmatan pengerahan PocketQube di Glasgow, Scotland.

Berkaitan

  • Inilah Telefon "Tiga Tiga Sekupang" Versi Moden, Tahan Lasak Tapi Harga Tak Keras
  • 4 Negara Sokong Pembayaran Kod QR MAE, Ini Cara Guna
  • OPPO A79 5G Rasmi Dengan Harga RM1,199

Sumber: SpaceIn, Alba Orbital,

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY