Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Satelit Pengintip Baru Milik Bersama Amerika Dan Australia Akan Dilancarkan Minggu Ini

Satelit Pengintip Baru Milik Bersama Amerika Dan Australia Akan Dilancarkan Minggu Ini

Diterbitkan Ogos 3, 2022 oleh ariff bukhari

Amerika Syarikat (AS) akan melancarkan sebuah satelit pengintip baru dalam minggu ini.

Misi yang dipanggil sebagai “Antipodean Adventure” itu merupakan misi bersama antara Pejabat Peninjau Kebangsaan AS (NRO) dan Kementerian Pertahanan Australia (AUS DoD).

Satelit pengintip NROL-199 itu pada awalnya dijadualkan dilancar pada 2 Ogos 2022 dari Kompleks Tapak Pelancar 1 Rocket Lab yang terletak di New Zealand.

Tetapi ia terpaksa dibatalkan akibat angin kuat pada tarikh tersebut.

Cubaan kedua pelancaran roket yang membawa satelit itu dijadualkan semula kepada tarikh baru iaitu pada 4 Ogos 2022 (Khamis) pada jam 5.00 p.m (waktu New Zealand).

Dalam keterangan misi pelancaran roket itu menyatakan, satelit tersebut bertindak sebagai sokongan kepada NRO dalam memberikan  informasi kritikal kepada agensi kerajaan dan pembuat keputusan memonitor isu antarabangsa.

Pelancaran misi satelit initip NRO dan AUS DoD ini merupakan yang kedua dilancar menggunakan roket penggalak Elektron oleh Rocket Lab.

Sebelum ini Rocket Lab pernah melancarkan satelit NROL-162 juga mengunakan roket penggalak Elektron pada 13 Julai 2022 lalu.

Sumber: Space, Rocket Lab

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY