Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
measat 3

Satelit MEASAT-3 Akan Ditamatkan Perkhidmatan Tidak Lama Lagi, Punca Insiden Masih Disiasat

Diterbitkan Ogos 7, 2021 · Dikemas kini Ogos 7, 2021 oleh ariff bukhari

MEASAT Global Berhad (“MEASAT”) akhirnya mengumumkan bahawa mereka akan menamatkan perkhidmatan satelit MEASAT-3 dalam masa terdekat ini selepas berlaku insiden pada 21 Jun 2021 lalu.

“Despite maintaining continuous telemetry and command control of MEASAT-3, further testing and recovery efforts found that the satellite could not re-enter service. The satellite will be de-orbited in the following weeks.” MEASAT

Pihak MEASAT menyatakan bahawa insiden tersebut menyebabkan berlakunya gangguan ke atas pelbagai perkhidmatan yang bergantung terhadap satelit tersebut seperti Direct-to-Home (DTH), pengagihan saluran video, perkhidmatan telefon mudah alih oleh pihak penyedia perkhidmatan dan juga perkhidmatan Very Small Aperture Terminal (VSAT).

Dianggarkan seramai 14,000 pelanggan telah terjejas dengan insiden itu.

Antara pelanggan yang terjejas adalah seperti siaran langganan tv berbayar seperti Astro dan pelanggan rangkaian telekomunikasi Celcom.

Sebelum ini pihak MEASAT memberitahu daripada siasatan awal yang dijalankan mendapati, berlakunya kegagalan thruster sehingga menjejaskan posisi satelit MEASAT-3.

Walaubagaimanapun sehingga kini, mereka masih menjalankan siasatan bersama dengan pembangun satelit tersebut iaitu Boeing Satellite Systems (“BSS”) bagi mengetahui punca sebenar insiden tersebut.

MEASAT-3 sudah pun berkhidmat selama hampir 15 tahun sejak ia dilancarkan pada 12 Disember 2006 dahulu. Jadi, ia sudah hampir ke penghujung hayat perkhidmatannya.

Pihak MEASAT memaklumkan mereka kini dalam persediaan akhir untuk melancarkan satelit terbaru pada awal tahun 2022 nanti iaitu MEASAT-3d.

Sumber: MEASAT

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY