Galaxy Tab S6 dilancarkan pada Oktober tahun lalu pada harga RM 3099. Jika anda mencari tablet, Samsung Malaysia kini menawarkan diskaun sebanyak RM 700 buat peranti ini sempena minggu promosi Samsung.
Anda hanya perlu tambahkan peranti ini di troli dan kemudian diskaun sebanyak RM 700 akan terus digunakan ketika hendak membuat pembayaran iaitu RM 2,399.
Selain itu, minggu promosi Samsung ini berjalan mulai hari ini sehingga 8 November yang menawarkan diskaun sehingga 44%.
Mengimbas kembali spesifikasi yang ditawarkan, Galaxy Tab S6 dijana cip Snapdragon 855, 6GB RAM, storan dalaman 128GB serta paparan 10.5 inci Super AMOLED (2560x1600).
Ia juga didatangkan dengan S Pen yang boleh dicas secara magnetik pada bahagian belakang peranti serta menyokong sambungan 4G LTE.
Berkaitan
- Apple MagSafe Mampu Mengecas Samsung Galaxy Z Fold 2
- Samsung Galaxy S22 Dijangka Ada Kamera Olympus, Mungkin Dilancar Januari 2022
- Samsung Galaxy S21 Ultra Akan Hadir Dengan Kamera Utama 108MP Yang Dipertingkat
- Tiga Telefon Samsung Galaxy Ini Ada Harga Baharu, Lebih Murah
- Samsung Galaxy Tab A7 Lite Kini Ditawarkan Buat Pasaran Tempatan
- Tak Ada Masalah Prestasi, Exynos 2200 Akan Diumum Bersama Siri Galaxy S22
- Acer Umum Tablet Dan Komputer Riba Siri Enduro - Harga Bermula RM1599
- Samsung Dan Tesla Dalam Proses Bangunkan Cip 5nm Untuk Kereta Swapandu
- Samsung Galaxy S20 FE LTE Dengan Snapdragon 865 Kini Di Malaysia
- Huawei MatePad Pro, Tablet Pertama Dengan HarmonyOS