Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article (62)

Samsung Tawar Diskaun RM4,000 Untuk Monitor Odyssey Neo G9

Diterbitkan November 10, 2023 oleh Muhd Idham

Baru-baru ini, Samsung telah memenangi satu lagi anugerah dalam Anugerah Inovasi Terbaik 2023 di CES (Consumer Electric Show) untuk monitor skrin melengkung Odyssey Neo G9.

Odyssey Neo G9 G95NC

Screenshot 2023-11-10 155448

Penciptaan monitor mereka ini merupakan monitor pertama dunia yang dilengkapi dengan resolusi Dwi UHD 7680 x 2160 dengan paparan melengkung 1000R berukuran 57 inci.

Selain itu, monitor ini juga dikuasakan dengan teknologi Matriks Kuantum yang berperanan mencipta kecerahan imej dan kontras yang terkawal dengan komponen LED Mini Kuantum.

Tambahan pula, monitor ini mempunyai kadar segar semula 240Hz dengan masa tindak balas 1ms yang disokong sambungan DisplayPort 2.1.

Jika anda seorang yang minat kepada prestasi monitor yang maksimum, anda kini boleh nikmati penjimatan sehingga RM4,300 (diskaun RM4,000 + RM300 e-baucar pra-tempah) daripada harga yang ditawarkan iaitu RM12,999 dari 9 hingga 13 November 2023. Namun begitu, e-baucar yang bernilai RM300 itu hanya untuk pelanggan yang telah mendaftar untuk pembelian pada 28 Oktober hingga 8 November 2023 sahaja.

Untuk pra-tempah Odyssey Neo G9 ini, anda boleh ke laman web rasmi Samsung.

  • Beli produk Samsung di Shopee: https://invl.io/clk0rig
  • Beli produk Samsung di Lazada: https://invol.co/clk0rim

Berkaitan

  • Inilah Telefon "Tiga Tiga Sekupang" Versi Moden, Tahan Lasak Tapi Harga Tak Keras
  • Ini Masa Sesuai Beli Produk ASUS Dan ROG, Dapat Jaminan Tambahan Selama 3 Tahun
  • Steam Deck OLED Dilancar 16 November Ini, Harga Bermula ~RM2,600
  • PNY Ponie, Motosikal Elektrik Untuk Bawa Kargo Pertama Di Dunia

Sumber: Samsung Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY