Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung ISOCELL JN1

Samsung Selesaikan Bonggol Kamera Tebal Dengan Sensor Baharu Ini

Diterbitkan Jun 10, 2021 · Dikemas kini Jun 16, 2021 oleh Amsyar Latif

Samsung hari ini baru sahaja mengumumkan sensor kamera yang baharu yang mana ia adalah penyelesaian bagi masalah bonggol kamera tebal pada telefon pintar masa kini.

Menerusi sensor ISOCELL JN1, ia hadir dengan saiz piksel terkecil dalam industri, iaitu sebesar 0.64μm piksel dan berukuran 1/2.76 inci.

Samsung Selesaikan Bonggol Kamera Tebal Dengan Sensor Baharu Ini

Baca juga – Sensor Kamera Paling Besar Pernah Dimuatkan Dalam Sejarah Telefon Pintar

Sensor 50MP ini juga didakwa meningkatkan sensitiviti cahaya sebanyak 16%, ISOCELL 2.0 yang dipertingkat, Smart-ISO dan juga Double Super PDAF. Selain itu, ia turut mampu memfokus subjek dengan tepat walaupun cahaya persekitaran hanya 60%.

Samsung Selesaikan Bonggol Kamera Tebal Dengan Sensor Baharu Ini

Tambahan lagi, ISOCELL JN1 dapat merakam video pada resolusi 4K 60fps dan 1080p gerak perlahan pada kadar 240fps.

Dengan ini, Samsung berkata sensor tersebut dapat mengurangkan bonggolan kamera sebanyak 10% dan secara tidak langsung telefon pintar lebih nipis dapat dihasilkan. Menariknya, sensor ini boleh diguna pada kamera hadapan juga.

Baca juga – Samsung Exynos Akan Ada “Ray Tracing”, Mungkin Diumum Tahun Ini

Samsung Selesaikan Bonggol Kamera Tebal Dengan Sensor Baharu Ini

Meskipun begitu, ini bukanlah sensor andalan dan ia bakal dimuatkan pada telefon pintar berkelas permulaan serta pertengahan.

ISOCELL JN1 kini sudah memulakan pengeluaran dan mungkin kita dapat lihat pada telefon pintar tahun ini.

Sumber: Samsung

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
  • 10 Laman Web Rujukan Akademik Yang Boleh Digunakan Pelajar
  • Reddit Bakal Utamakan Pengguna Log Masuk, Akses Tanpa Akaun Mungkin Dihadkan
  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama
  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
  • Mikroskop Digital 4K EVO Cam AURA Diperkenal Untuk Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
©2026 WISER.MY