Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Meminta Maaf Kepada Pemegang Saham Atas Keterlibatan Mereka Di Dalam Skandal

Samsung Meminta Maaf Kepada Pemegang Saham Atas Keterlibatan Mereka Di Dalam Skandal

Diterbitkan Mac 24, 2017 oleh Wiser MY

Samsung Electronics Co. harini ini meminta maaf kerana terlibat di dalam skandal yang mengakibatkan presiden Korea Selatan dipecat dan penarikan semula telefon pintar Note 7. Mereka berikrar akan membaik pulih pentadbiran dalam menghadapi tekanan dari pelabur.

Naib pengerusi, Kwon Oh-hyun membuat permohonan maaf itu di perjumpaan tahunan pembuat telefon pintar itu di Seoul. Jay Y. Lee, pewaris gergasi Korea Selatan itu tidak hadir di perjumpaan itu kerana masih ditahan dalam menghadapi pertuduhan rasuah dan penyelewengan.

Pendakwa raya menuduh Lee merasuah bekas presiden Park Heun-hye sebagai ganjaran kepada penggabungan pada 2015 yang disokong oleh kerajaan. Penggabungan itu membolehkan Lee menguatkan pegangan dalam Samsung. Syarikat pula menafikan kesalahan Lee dan menunggu keputusan mahkamah. Note 7 yang berisiko terbakar pula ditamatkan pengeluaran dan ditarik dari pasaran dengan mengakibatkan syarikat menanggung kos sebanyak $6 bilion.

“Saya meminta maaf atas skandal yang terjadi,” kata Kwon dan menafikan syarikat membayar rasuah dalam bentuk derma. “Saya meminta maaf sekali lagi atas kesilapan Note 7 tahun lepas. Kesilapan yang wujud dalam mencuba teknologi baru.”

Kwon berkata Samsung tidak akan mempertimbangkan pemecahan stok dan segala rancangan syarikat induk tidak akan mudah pada ketika ini. Syarikat itu sekarang sedang melihat pilihan dari segi undang-undang dan cukai.

Saham Samsung jatuh 1% ke 2.068 juta won di Seoul. Stok mereka mencapai rekod tertinggi pada bulan ini selepas penjualan semikonduktor yang teguh dan potensi penstrukturan semula syarikat gergasi itu. Samsung berkata pada bulan November lepas yang mereka sedang melihat idea memisahkan syarikat kepada induk dan syarikat operasi, dalam usaha menangani kebimbangan pelabur dalam struktur pentadbiran korporat mereka.

Kes Lee dibicarakan di dalam Mahkamah Daerah Pusat Seoul yang bermula pada 9 Mac dengan pendengaran kes dijangka pada hujung bulan. Pembicaraan mengalih perhatian dari pelancaran Samsung s8 pada minggu hadapan yang diharapkan syarikat untuk menghidupkan kembali perniagaan telefon pintar mereka selepas insiden Note 7 tahun lepas.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY