Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Larang Pekerja Guna AI Generatif Seperti ChatGPT

Samsung Larang Pekerja Guna AI Generatif Seperti ChatGPT

Diterbitkan Mei 2, 2023 · Dikemas kini Mei 2, 2023 oleh Amalina Athman

Pada April lalu, jurutera Samsung secara tidak sengaja telah membocorkan kod sumber dalaman dengan memuat naiknya ke ChatGPT. Terbaharu, Samsung dilapor telah mengharamkan penggunaan sistem kecerdasan buatan (AI) generatif seperti ChatGPT, Google Bard dan Bing oleh pekerja kerana kebimbangan keselamatan.

Berkaitan

  • ChatGPT Kini Diguna Penggodam Bangunkan Perisian Hasad Sofistikated
  • Samsung Galaxy S22 Jadi Telefon Pintar Standard Pertama Buat Panggilan Melalui Satelit

Memetik Bloomberg, gergasi teknologi Korea Selatan itu bimbang data yang dihantar ke platform AI tersebut disimpan pada pelayan luaran (external servers), menjadikannya sukar untuk mendapatkan semula dan memadam, dan akhirnya menyebabkan ia boleh didedahkan kepada pengguna lain.

Dalam satu memo yang dikeluarkan, Samsung menyatakan walaupun ia menumpukan pada kegunaan dan kecekapannya, terdapat juga kebimbangan yang semakin meningkat tentang risiko keselamatan yang dikemukakan oleh AI generatif.

Bagaimanapun, larangan penggunaan sistem AI generatif hanya terpakai pada komputer, tablet dan telefon milik syarikat, serta pada rangkaian dalamannya. Ianya tidak menjejaskan peranti Samsung yang dijual kepada pengguna, seperti telefon pintar Android dan komputer riba Windows.

Sebagai tambahan, Samsung turut meminta pekerja yang menggunakan ChatGPT dan sistem AI generatif yang lain pada peranti peribadi supaya tidak memuat naik sebarang maklumat berkaitan syarikat atau data peribadi yang boleh mendedahkan harta inteleknya.

Dalam waktu yang sama, syarikat itu sedang membangunkan sistem AI-nya sendiri untuk terjemahan dan meringkaskan dokumen serta pembangunan perisian. Ia juga sedang mengusahakan cara untuk menyekat muat naik maklumat syarikat yang sensitif kepada perkhidmatan luaran.

Sumber: Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY