Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Keluarkan ‘Poké Ball’ Edisi Terhad Untuk Galaxy Buds

Samsung Keluarkan ‘Poké Ball’ Edisi Terhad Untuk Galaxy Buds

Diterbitkan Mei 23, 2022 · Dikemas kini Mei 23, 2022 oleh Nadiah Ab

Samsung dilaporkan telah mengeluarkan bekas ‘poké ball‘ bertemakan Pokémon untuk fon telinga tanpa wayar Galaxy Buds di Korea Selatan.

Untuk yang meminati Pokémon, ini tentunya aksesori yang menarik untuk didapatkan dan mudah untuk dibawa ke mana sahaja.

Walau bagaimanapun, bekas Pokémon ini adalah edisi terhad, dan ia juga merupakan keluaran eksklusif untuk pasaran Korea Selatan dengan tanda harga 134,000 won (~RM465).

samsung poké ball
Sumber: Notebook Check

Berbeza dengan bekas pengecas fon telinga tanpa wayar yang lain, poké ball ini tidak mengecas fon telinga secara langsung.

Sebaliknya, pengguna perlu meletakkan bekas pengecas biasa untuk Samsung Galaxy Buds 2, Galaxy Buds Pro atau Galaxy Buds Live di dalam poké ball.

Buat masa ini, tiada kenyataan rasmi tentang sama ada ia akan dikeluarkan buat pasaran luar Korea Selatan.

Sumber: TechRadar

Baca juga:

  • Walaupun Memiliki Microsoft, Bill Gates Akui Guna Peranti Samsung
  • Telefon Samsung Dengan Kamera 200MP Mungkin Hadir Tahun Hadapan
  • Samsung Mungkin Menjadi Pembekal Cip M2 Untuk Apple

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY