Antara syarikat yang masih komited menghasilkan tablet Android adalah Samsung. Hari ini, Samsung telah memperkenalkan Galaxy Tab S7 dan Galaxy Tab S7+, tablet yang dilengkapi dengan spesifikasi menyeluruh malah turut menyokong skrin 120Hz dan juga S-Pen.
Galaxy Tab S7+
Ia merupakan tablet dengan rekaan lebih besar 12.4 inci AMOLED. Nisbah skrin adalah 16:10 dan dimuatkan dengan pengimbas cap jari di dalamnya.
Tablet dijana oleh Snapdragon 865+ dengan pilihan memori 6GB/128GB atau 8GB/256GB. Terdapat juga sokongan microSD untuk tambahan storan.
2 kamera dimuatkan pada bahagian belakang terdiri dari 13MP utama dan 5MP sudut lebar. Kamera swafoto pula adalah 8MP.
Bateri adalah berkapasiti besar 10,090mAh dan turut menyokong pengecasan pantas 45W.
Untuk S-Pen, ia memiliki spesifikasi sama seperti pada Note 20 Ultra dengan latensi 9ms untuk interaksi lebih telus.
Terdapat 4 pembesar suara dari AKG yang menyokong Dolby Atmos.
Samsung DeX juga turut tersedia yang membolehkan pengguna Samsung untuk menyambung kepada monitor luar melalui USB-C.
Galaxy Tab S7
Tab S7 merupakan penawaran alternatif lebih murah namun hadir dengan skrin TFT. Ia berukuran lebih kecil 11 inci dan masih menyokong 120Hz seperti S7+.
Berbeza dengan S7+, pengimbas cap jari S7 adalah pada bahagian sisi. Cip masih lagi Snapdragon 865+ dengan pilihan memori yang sama seperti S7+.
S-Pen pada S7 tidak seperti S7+ kerana ia hanyalah setakat 26ms sahaja (sama seperti Note 20).
Konfigurasi kamera adalah sama dengan 13MP + 5MP serta swafoto 8MP.
Disebabkan saiz tablet lebih kecil, kapasiti bateri juga dikecilkan dengan 7,040mAh. 4 Pembesar suara AKG juga masih ada pada S7.
Buat masa ini, masih belum diketahui pelancarannya untuk pasaran Malaysia.