Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Samsung Galaxy S20 Mungkin Dilancarkan 11 Februari Ini

Posted on Januari 4, 2020

Perkhabaran tentang kedatangan telefon pintar flagship daripada Samsung semakin hari semakin kuat didendangkan. Masih belum dapat dipastikan sama ada menggunakan nama Galaxy S11 ataupun Galaxy S20, peranti ini mungkin dilancarkan pada 11 Februari depan.

Ini adalah berdasarkan sebuah video terbaru yang dimuat naik Samsung Korea pada laman Vmeo baru-baru ini. Melalui video tersebut acara Samsung Unpacked telah dijadualkan berlangung pada 11 Februari.

Who wants Unpacked but in 2 more aspect ratios? pic.twitter.com/KU5iz5Po7q

— Max Weinbach (@MaxWinebach) January 4, 2020


Namun apa yang menarik adalah animasi yang menunjukkan perkataan “Galaxy” didalam video berkenaan. Huruf “A” bagi perkataan “Galaxy” digantikan dengan dua petak. Ini mungkin bayangan kepada pelancaran untuk dua model pada acara berkenaan.

Bentuk petak yang pertama mungkin merujuk kepada model kamera yang akan digunakan pada Galaxy S20 Ultra. Sementara itu, petak yang kedua mungkin menggambarkan model generasi kedua telefon pintar lipat mereka, Galaxy Fold 2.

Walaubagaimanapun ia hanyalah andaian sahaja. Sama-sama kita nantikan tarikh tersebut untuk melihat apakah penawaran yang bakal dibuat Samsung.

Sumber: Max Weinbach via XDA Developers

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress