Samsung Galaxy S10 Bakal Diperkenalkan Sebelum Acara MWC 2019 Berlangsung

Jika sebelum ini Samsung mengambil peluang untuk memperkenalkan Samsung Galaxy S9 semasa acara MWC 2018, ia dijangka tidak akan berlaku pada Samsung Galaxy S10 kali ini.

Ia kerana peranti tersebut dikatakan akan diperkenalkan buat kali pertama lebih awal iaitu pada 20 Februari 2019, seminggu sebelum acara MWC 2019 diadakan di Barcelona.



Perkara itu disahkan sendiri oleh Samsung apabila mereka dilihat telah menghantar jemputan kepada media untuk acara Samsung Galaxy S10 "Unpacked"yang bakal dianjurkan di San Francisco pada tarikh berkenaan.

Dalam pada itu, Samsung juga telah mengesahkan bahawa peranti boleh lipat mereka akan mula dipasarkan di beberapa pasaran terpilih pada separuh pertama tahun ini.

Seperti biasa, kedua-dua peranti baharu Samsung ini diramal akan dilengkapi dengan fungsi dan teknologi menarik, sama seperti peranti kelas atasan Samsung sebelum ini.

 

Sumber: Phone Arena