Kini, selepas dua bulan kenyataan itu dibuat, pengguna Android masih lagi belum berpeluang untuk bermain permainan tersebut di peranti milik mereka. Namun, ia dijangka akan berubah tidak lama lagi.
Ini kerana menurut laporan XDA Developers dan 9to5Google, permainan itu akan hadir ke peranti Android pada bulan hadapan. Bagaimanapun, ianya eksklusif untuk peranti Samsung Galaxy Note 9 sahaja.
Kepada pengguna peranti Android yang lain, anda tidak perlu merasa terlalu kecewa kerana Fortnite akan turut hadir ke peranti anda. Cuma, anda perlu menunggu sebulan lebih lama untuk menikmati permainan tersebut berbanding pemilik Galaxy Note 9.
Ia merupakan satu tindakan yang bijak bagi Samsung kerana ia sekaligus dapat meningkatkan jualan peranti tersebut pada peringkat awal pelancaran. Tambahan pula, pemilik Note 9 akan yang membuat pra-tempahan akan menerima beberapa bonus lain seperti V-Bucks, player skinsĀ dan banyak lagi.
Sumber
Berkaitan
- "Anda Boleh Mendaratkan Pesawat Diatasnya" - Samsung Usik Google Mengenai Rekaan Takuk Pixel 3XL
- Pelancaran Samsung Galaxy Fold Ditangguhkan Berikutan Masalah Pada Panel Paparan
- Siri Samsung Galaxy S10 Diperkenalkan Secara Rasmi, Boleh Dipra-Tempah Bermula Esok
- Reaksi Awal Samsung Galaxy S10 - Skrin Dynamic AMOLED Yang Mengiurkan Tapi...
- #MWC2019 - Nokia 9 Pureview Dengan 5 Kamera Utama!
- Dota 2 & Mobile Legends Antara Permainan Video Yang Sah Dipertandingkan Di Sukan Sea 2019
- Samsung Mengumumkan Secara Rasmi Peranti Mampu Milik Dengan Skrin AMOLED
- Tunjuk Skil 'Mobile Photography' Anda Dalam Pertandingan Seni Fotografi Publika Hari Malaysia 2019
- Android Pie Dilaporkan Beri Masalah Bateri Kepada Peranti Yang Menggunakannya
- Xiaomi Mi 8 Terima MIUI 10 Dengan Android Pie Beserta Kemaskini Pada Kamera