Samsung Galaxy Note 10 Bakal Hadir Dengan Kamera 3D?

Samsung dijangka akan memperkenalkan kamera 3D atau lebih dikenali sebagai TOF (Time Of Flight) Camera untuk model Samsung Galaxy Note 10 Series yang akan datang. Pada 20 Jun, yang lalu, Samsung Electronics telah memfailkan tanda dagang melalui EUIPO (Pejabat Kesatuan Intelektual Kesatuan Eropah) untuk nama Make & Play 3D . Tanda dagang itu telah diserahkan oleh Abril Abogados seorang peguambela dari Madrid, Sepanyol sebagai perantara antara Samsung dan EUIPO.



Aplikasi tanda dagang berkenaan tidak menerangkan dengan terperinci apa yang dirancangkan oleh Samsung, tetapi jelas menawarkan fungsi imbasan objek dan menawarkan Crafting application seperti Microsoft’s Paint 3D app. Antara ciri yang digunakan oleh sensor Time of Flight ialah, untuk mengukur jarak dari kamera, selain digunakan untuk memperkemaskan kesan bokeh kamera. Namun begitu, pihak Samsung ingin menjadikan ciri lanjutan ini lebih berguna dengan mengembangkan aplikasi untuk pelbagai teknologi yang lain.



Siri Galaxy Note 10 dijangka turut menyertakan port pengecasan pantas 25w, penyimpanan UFS 3.0, kamera utama 12MP, kamera telefoto 12MP dan kamera sudut ultra lebar 16MP dalam model Note 10 Pro. Seterusnya, pengimbas cap jari ultrasonic di dalam skrin, dan bateri berkapasiti 4,170mAh. Samsung Galaxy Note 10 akan dilengkapi dengan cip pemproses Exynos 9825 dan memori 12GB RAM. Anda akan dapat melihat dua saiz skrin yang berbeza iaitu Super AMOLED Dinamik 6.8 inci untuk model Pro, manakala Galaxy Note10 kekal menawarkan paparan 6.4 inci dan tiada bicu audio 3.5mm. Ia dijangka hadir dengan Bezel super nipis dan teknologi Sound on Display.

Berkaitan