Aplikasi tanda dagang berkenaan tidak menerangkan dengan terperinci apa yang dirancangkan oleh Samsung, tetapi jelas menawarkan fungsi imbasan objek dan menawarkan Crafting application seperti Microsoft’s Paint 3D app. Antara ciri yang digunakan oleh sensor Time of Flight ialah, untuk mengukur jarak dari kamera, selain digunakan untuk memperkemaskan kesan bokeh kamera. Namun begitu, pihak Samsung ingin menjadikan ciri lanjutan ini lebih berguna dengan mengembangkan aplikasi untuk pelbagai teknologi yang lain.
Siri Galaxy Note 10 dijangka turut menyertakan port pengecasan pantas 25w, penyimpanan UFS 3.0, kamera utama 12MP, kamera telefoto 12MP dan kamera sudut ultra lebar 16MP dalam model Note 10 Pro. Seterusnya, pengimbas cap jari ultrasonic di dalam skrin, dan bateri berkapasiti 4,170mAh. Samsung Galaxy Note 10 akan dilengkapi dengan cip pemproses Exynos 9825 dan memori 12GB RAM. Anda akan dapat melihat dua saiz skrin yang berbeza iaitu Super AMOLED Dinamik 6.8 inci untuk model Pro, manakala Galaxy Note10 kekal menawarkan paparan 6.4 inci dan tiada bicu audio 3.5mm. Ia dijangka hadir dengan Bezel super nipis dan teknologi Sound on Display.
Berkaitan
- Isu Redmi Note 7S Terbakar Secara Tiba-Tiba, Akhirnya Pihak Xiaomi Tampil Memberikan Jawapan
- Shopee Perkasakan Jenama dan Penjual Malaysia Untuk Manfaatkan Ledakan E-Dagang Sempena 10.10 Brands Festival
- Huawei Semakin Menghampiri Samsung Dalam Ranking Pengeluar Telefon Pintar Terbaik Dunia
- Anda Padu Main FIFA19? Sertai My E-Games Championship Fifa 19 Dan Berpeluang Menangi RM10,000
- Xiaomi Mi Note 10 Pro Menewaskan Iphone 11 Pro Max Dalam Ujian Ketahanan Bateri
- Samsung Galaxy Fold, Sebuah Inovasi Yang Amat Mengecewakan
- Samsung Menafikan Laporan Telah Menjual 1 Juta Unit Galaxy Fold
- Samsung Menyatakan Telah Menjual 1 Juta Unit Galaxy Fold
- Samsung Akan Menguji Periskop Kamera Bagi Galaxy S11
- MKBHD Memilih Kamera Iphone 11 Pro Berbanding Google Pixel 4 Dan Samsung Galaxy Note 10 Plus