Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Samsung Galaxy M62 Untuk Pasaran Tempatan Berharga Bawah RM2000

Posted on Mac 1, 2021

Minggu lalu, Samsung Malaysia telah mengumumkan ketibaan telefon baharu, Galaxy M62 buat pasaran tempatan yang mana ia seperti dijenamakan semula daripada Galaxy F62 yang dilancarkan di India.

Dengan mempertaruhkan bateri sebesar 7000mAh, telefon ini juga dilengkapi paparan 6.7 inci FHD+ Super AMOLED.

Selain itu, ia juga hadir dengan cip yang sama dengan siri Galaxy Note 10 iaitu Exynos 9825 bersama-sama 8GB RAM dan storan 256GB.

Meskipun spesifikasi sebegitu, harga jualannya adalah RM1999 dimana Samsung mendedahkan harga rasmi bagi telefon ini di kedai dalam talian di Lazada dan boleh dibeli bermula 3 Mac.

Namun, bersempena kehadirannya di Malaysia, Samsung Malaysia mengadakan promosi satu hari pada 3 Mac ini yang mana Galaxy M62 boleh didapati pada harga RM1799.

Melalui pelancaran ini, adakah anda masih mahu memilikinya walaupun ia menggunakan cip pemproses yang lama. Malah, pengecas yang diberikan juga mungkin tidak mencukupi untuk mengecas bateri sebesar itu.

Sumber: Samsung Malaysia

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress