Samsung Galaxy M20 Kini Rasmi, Dijual Pada Harga RM799

Perkhabaran mengenai siri Galaxy M dari Samsung memasuki pasaran tanah air sudah bermula beberapa minggu yang lalu.



Model yang dipertaruhkan untuk pembeli tempatan adalah Galaxy M20. Peranti ini hadir dengan spesifikasi seperti berikut;

  • Skrin 6.3 inci 19.5:9

  • Exynos 7904

  • Bateri 5000mAh

  • Dwi kamera belakang 13MP (f/1.9) + 5MP (f/2.2)

  • Pengimbas cap jari dibelakang

  • USB-C, bicu audio, slot MikroSD

  •  RAM 4GB/64GB




Untuk makluman semua, ia ditawarkan secara eksklusif secara dalam talian, bermakna anda boleh dapatkannya di Samsung Online Store.

Penawaran turut dikembangkan lagi ke Shopee menerusi kerjasama antara platform beli belah dalam talian itu dan Samsung Malaysia. Harga jualan untuk pasaran Malaysia adalah RM799.