Siri Samsung Galaxy M Hanya Dijual Eksklusif Di Samsung Online Store

Kedatangan siri Galaxy M untuk pasaran banyak diperkatakan beberapa minggu kebelakangan ini. Siri ini sudah diperkenalkan terlebih dahulu untuk pasaran India dan untuk pasaran tempatan, kehadirannya telah disahkan oleh Samsung Malaysia.

Difahamkan, peranti-peranti kelas pertengahan ini akan ditawarkan secara eksklusif hanya  di Samsung Online Store. Ini membawa maksud anda tidak boleh membelinya secara fizikal di pusat pengedar Samsung.



Model yang dipercayai akan dipasarkan adalah Galaxy M20 dengan skrin 6.3 inci, cip Exynos 7904, RAM 3GB/4GB, storan 32GB/64GB, bateri 5000mAh, dwi kamera belakang 13MP+5MP dan kamera swafoto 8MP.

Harga jualan peranti ini untuk pasaran India adalah antara ~RM 635 hingga ~RM750 tetapi Samsung Malaysia belum mendedahkan lagi nilai jualan bagi pasaran Malaysia.

Buat masa sekarang, bagi anda yang berminat untuk mendapatkan peranti ini, bolehlah membuat pendaftaran minat di laman Samsung Malaysia.