Samsung Exynos 2100 Menandingi Snapdragon 875 Dan Lebih Jimat Tenaga

Barisan telefon siri Samsung Galaxy S21 dijangka akan dilancarkan pada Januari tahun 2021. Ia juga akan hadir dengan cip pemproses baharu iaitu Exynos 2100 dan Snapdragon 875.



Terkini, terdapat laporan yang mendedahkan prestasi bagi kedua-dua cip tersebut. Cip ini masing-masing menggunakan seni bina yang sama iaitu pemproses 5nm - reka bentuk 8 teras "1+3+4".

Walaupun kedua-duanya menggunakan seni bina dan reka bentuk teras yang sama, frekuensi cip ini berbeza.

Frekuensi teras dari Snapdragon 875 adalah 2.84GHz manakala cip Exynos 2100 adalah 2.91GHz.



Berdasarkan data ini, frekuensi Exynos 2100 melebihi Snapdragon 875 tetapi menurut Max Weinbach, beliau mengatakan Exynos 2100 mempunyai nisbah kecekapan tenaga lebih baik daripada generasi sebelumnya.



Selain itu, S21 Ultra juga dijangka akan menyokong resolusi QHD+ dengan kadar penyegaran tinggi 120Hz. Dilengkapi sensor 108MP baharu yang dapat meningkatkan input cahaya sebanyak 12%.

Siri Galaxy baharu dari Samsung ini akan dilancar pada awal tahun hadapan bersama-sama dua model dengan cip Snapdragon 875 dan Exynos 2100 mengikut pasaran.

Mungkinkah Samsung dengan cip Exnos 2100 kali ini adalah lebih baik daripada model dengan cip Snapdragon 875? Sama-sama kita nantikan apabila ia dilancar.

Sumber: ithome