Samsung Galaxy S21 Dengan Cip Exynos 1000 Mungkin Lebih Berkuasa Dari Varian Snapdragon 875

Umum mengetahui Samsung memasarkan 2 varian cip dalam satu model yang sama iaitu cip Exynos dan juga Snapdragon.

Namun begitu, ramai yang kurang berpuas hati disebabkan walaupun cip Exynos tidak berkuasa setaraf dengan Snapdragon, harga yang dijual adalah tetap tinggi.

Disebabkan itu, persepsi jenama Samsung dengan Exynos mendapat kritikan hebat terutamanya dari peminat tegar gajet.

Untuk tahun hadapan, Samsung bakal menggunakan cip Exynos 1000 dan Snapdragon 875 pada Galaxy S21. Jadi buat masa ini mereka sedang menguji kedua-dua varian cip itu.

Berita baik untuk peminat Exynos, dari ujian Geekbench, didapati Galaxy S21 dengan cip Exynos 1000 mempunyai skor yang lebih tinggi dari varian Snapdragon 875.

Maklumat ini diperoleh dari forum Korea yang menyiarkan skor Geekbench untuk kedua-dua cip.

Untuk Exynos 1000, ia memperoleh skor 1302 untuk teras tunggal manakala 4250 untuk skor multi-teras. Ia adalah tinggi dari cip yang dikatakan Snapdragon 875 yang mempunyai skor 1159 dan juga 4090.

Namun begitu, perlu diingatkan bahawa ia hanyalah berstatus ura-ura tambahan tiada tangkap layar skor Geekbench yang disertakan untuk mengukuhkan lagi dakwaan ini.

Telefon Galaxy S21 yang diuji tersebut juga hanyalah melalui fasa ujian dan markah boleh jadi berubah sama ada menaik atau menurun apabila produk akhir sudah disiapkan.

Sumber: Clien.net :- 1, 2