Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Cipta Bateri Yang Mampu Dicas Penuh Dalam Masa 12 Minit

Samsung Cipta Bateri Yang Mampu Dicas Penuh Dalam Masa 12 Minit

Diterbitkan Disember 2, 2017 oleh Helmi Samsuri

Antara masalah yang sering pengguna telefon pintar hadapi adalah kuasa bateri yang tidak mampu bertahan lama, dan tempoh yang agak panjang untuk mengisi penuh bateri terbabit.

Melihat kepada permasalahan itu, Samsung mungkin mempunyai jalan penyelesaian yang bakal merubah teknologi bateri lithium-ion sedia ada.

Samsung Electronic dilaporkan telah berjaya mencipta bateri lithium-ion dihasilkan dari bebola grafena (graphene) yang berupaya untuk tahan lebih lama dan dicas dengan pantas.

Menurut Samsung Advanced Institute of Technology (SAIT), penggunaan bebola grafena dalam penghasilan bateri itu mampu meningkatkan kapasiti bateri sebanyak 45% dan keupayaan pengecasan 5 kali lebih pantas daripada biasa.

Bateri lithium-ion sedia ada mengambil masa sehingga satu jam untuk dicas penuh dan dengan teknologi yang dibangunkan oleh Samsung ini, ia mampu dicas dalam tempoh 12 minit. Syarikat turut menjelaskan bahawa bateri baru itu mampu mengekalkan suhu pada 60 darjah celcius dan ia sangat sesuai digunakan pada kereta elektrik.

Samsung Cipta Bateri Yang Mampu Dicas Penuh Dalam Masa 12 Minit

Bebola grafena mempunyai struktur seakan-akan “bertih jagung” ini digunakan pada lapisan pelindung katod dan anod, dengan itu kapasiti bateri serta pengecasan dapat dipertingkatkan.

Sumber: Nature, Forbes

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • LZNK Lancar Aplikasi 'Amil AI' - Permudah Akses Maklumat, Permohonan Bantuan, Bayaran Zakat
  • BYD Kini Tawar SUV Dengan Stereng Boleh Dilipat Menerusi Fangchengbao Tai 9
  • Pesawat Angkasa Boleh Guna Semula Generasi Baharu Bersedia Untuk Misi Sulung Pada 2027
  • Maxis Tawar Perlindungan Max Secure Percuma 30 Hari, Langganan Bermula RM5/30 Hari
  • Pelajar UniMAP Bangunkan Kereta Lumba Berkuasa Elektrik, Bakal Ke Finale NxGV Challenge 2026
  • GPT-6.2 Sol Kini Dalam 'Tab Chat' ChatGPT
  • Apple Dilapor Kembali Dengan Product(RED), HomePod mini 2 Bakal Hadir Dalam Warna Merah
  • England Lancar Kajian Saringan Kanser Payudara Berbantukan AI Terbesar Di Dunia
©2026 WISER.MY