Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
samsung exynos

Samsung Bakal Guna Seni Bina ARMv9 Pada Cip Exynos Akan Datang

Diterbitkan April 1, 2021 oleh Amsyar Latif

Semalam, ARM telah mengumumkan seni bina cip baharu mereka, iaitu ARMv9. Dengan berita ini, Samsung tidak perlu menunggu lama kerana mereka sudah mengatakan bakal menggunakannya pada cip Exynos akan datang.

Menurut mereka, seni bina baharu itu menawarkan peningkatan prestasi serta keselamatan dan pembelajaran mesin. Perkara ini akan memberikan cip pemprosesan telefon pintar menjadi lebih baik.

Arm Umum Seni Bina Cip Baharu, Armv9

Samsung juga menyatakan bahawa mereka bakal bersiap sedia untuk melakukan inovasi baharu untuk cip Exynos kelak. Menerusinya, mungkin kita bakal lihat siri Galaxy S22 akan menggunakan cip baharu ini.

Dalam pada itu, jenama lain seperti Apple, Qualcomm dan MediaTek juga akan turut serta dalam menggunakan ARMv9 pada cip pemprosesan mereka seawal tahun 2022.

Buat pengetahuan, Samsung Exynos 1080 dan Exynos 2100 yang ada di pasaran sekarang telah menggunakan seni bina ARMv8.2-A.

Sumber: sammobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY