Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
galaxy samsung

Samsung Memulakan Siri A 2021 Dengan Melancarkan Kelas Permulaan Galaxy A12 Dan Galaxy A02S

Diterbitkan November 25, 2020 oleh Meor Hasyim

Walaupun tahun 2020 masih belum tamat, Samsung telah mula mengorak langkah memperkenalkan siri A untuk tahun 2021 pula.

Bermula dengan kelas permulaan, mereka melancarkan 2 buah model iaitu Galaxy A12 dan Galaxy A02S dengan memfokuskan kepada bateri besar 5,000mAh.

Galaxy A12

Samsung Galaxy A12 merupakan model kesinambungan Galaxy A11 yang telah diperkenalkan Mac lalu.

Samsung Memulakan Siri A 2021 Dengan Melancarkan Kelas Permulaan Galaxy A12 Dan Galaxy A02S

Galaxy A12 hadir dengan skrin 6.5 inci HD+, 4 lensa kamera belakang 48MP utama, 5MP sudut lebar, 2MP depth, dan 2MP makro manakala swafoto pula dari 8MP.

Ia dijana oleh CPU 8 teras berkelajuan 2.3GHz dan 1.8GHz yang tidak dinyatakan secara spesifik oleh Samsung dengan RAM sehingga 6GB dan juga storan dalaman sehingga 128GB.

Galaxy A12 dimuatkan dengan bateri berkapasiti 5,000mAh dan pengecasan 15W. Selain pengimbas cap jari pada bahagian sisi, Galaxy A12 juga turut didatangkan dengan 3 pilihan warna hitam, biru, dan juga putih.

Ia akan mula dijual bermula Januari 2021 dengan harga bermula sekitar RM871 di Eropah.

Galaxy A02S

Galaxy A02S merupakan model yang lebih mampu milik dengan RAM 3GB dan storan dalaman 32GB.

galaxy a02s

Ia hadir dengan skrin 6.5 inci HD+ dan juga cip 8 teras berkelajuan 1.8GHz. 3 kamera diletakkan pada bahagian belakang diterajui 13MP utama, 2MP makro, dan 2MP depth dengan swafoto 5MP.

Bateri 5,000mAh dengan pengecasan 15W disertakan namun tiada ciri pengimbas cap jari diletakkan.

Terdapat 2 pilihan warna hitam dan putih untuk Galaxy A02S. Ia akan mula dijual bermula Februari 2021 dengan harga sekitar RM730.

Sumber: Sammobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY