Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sampai Bila Kamera iPhone Nak 12MP Sahaja?

Sampai Bila Kamera iPhone Nak 12MP Sahaja?

Diterbitkan Disember 21, 2021 oleh Bangman

Sudah tahun 2021, iPhone masih menggunakan kamera 12MP. Bak lagu Dayang Nurfaizah, sampai bila?

Kini, Apple merancang untuk menambahkan kamera 48MP pada iPhone 14 Pro dan lens periskop pada tahun 2023, menurut penganalisis Ming-Chi Kuo.

Sampai Bila Kamera iPhone Nak 12MP Sahaja?

Walau bagaimanapun, tiada maklumat lebih lanjut didedahkan, namun Kuo telah menyatakan bahawa kamera 48MP hanya datang pada model iPhone 14 Pro sahaja, dan ia menawarkan rakaman video 8K. Kandungan video beresolusi tinggi ini sesuai ditonton pada Apple AR/VR headset yang dijangka dilancarkan pada tahun hadapan.

Sampai Bila Kamera iPhone Nak 12MP Sahaja?

Selain itu, Kuo juga menjangkakan bahawa lens periskop bakal diperkenalkan pada model iPhone 15 pada tahun 2023. Ini akan meningkatkan kemampuan zoom optikal untuk model kamera iPhone. Lens ini bakal mempunyai optik kamera berlipat, di mana cahaya yang diserap melalui sensor akan dilentur ataupun “dilipat”, lalu ia membenarkan zoom optikal yang lebih jauh.

Sebelum saya menghabiskan artikel ini, sedikit fakta menarik untuk anda. Huawei P40 Pro+ telah menggunakan lens periskop sehinggan 10x zoom optikal, sementara iPhone 13 Pro adalah terhad kepada 3X zoom optikal sahaja. Hihihi.

Sumber: macrumors

Baca lagi:

  • Selamat Tinggal Takuk, iPhone 14 Mungkin Guna Paparan Berlubang
  • Apple Telah Failkan Paten Pengecasan Tanpa Wayar Untuk iPad
  • Apple Bawa ‘Salji’ Terus Ke Dalam iPhone Sempena Hari Natal

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY