Ikuti kami di media sosial

Berita

Sambut Ulang Tahun Ke-10 AirAsia BIG Loyalty Dan Dapatkan 888 Mata Ganjaran BIG Menerusi Permainan “Points Catcher”

ariff bukhari

Ditulis

pada

Sertai permainan “Points Catcher” dalam aplikasi mudah alih AirAsia BIG.

Sempena ulang tahun ke-10 operasi pada tahun ini, AirAsia BIG Loyalty telah melancarkan permainan “Points Catcher” dalam aplikasi mudah alih AirAsia BIG bagi memberi ganjaran kepada 25 juta ahlinya.

Aplikasi AirAsia BIG boleh dimuat turun secara percuma dari Google Play Store untuk peranti Android atau dari Apple App Store untuk peranti iOS.

Bersempena dengan Tahun Baru Cina yang akan tiba tidak lama lagi, AirAsia BIG akan memberikan lebih daripada 6 juta Mata Ganjaran BIG bermula sejak 15 Januari lalu sehingga ambang Tahun Baru Cina pada 24 Januari 2020.

Dalam tempoh tersebut, ahli BIG boleh log masuk ke dalam aplikasi mudah alih AirAsia BIG untuk bermain dengan permainan yang diinspirasikan daripada mesin claw. Melaluinya, pemain perlu menggerakkan pencengkam dan memilih emoji oren yang mengandungi pelbagai denominasi Mata Ganjaran BIG dengan nilai tertinggi 888 Mata Ganjaran BIG.

Ahli BIG juga digalakkan untuk log masuk ke dalam permainan setiap hari. Ini kerana sepanjang kempen berjalan, pengganda Mata Ganjaran akan ditawarkan. Ia akan meningkatkan dan menggandakan mata ganjaran yang dimenangi pada hari berkenaan.

Tahap gandaan akan meningkat setiap hari setiap kali ahli log masuk ke permainan ini.

Program kesetiaan AirAsia BIG Loyalty kini mempunyai 700,000 pendaftaran baharu setiap bulan, dengan 6 anggota terbesar iaitu Malaysia (4 juta ahli), China (3.3 juta), Thailand (2.6 juta), India (1.4 juta), Filipina (1.4 juta) dan Indonesia (1.3 juta).

Untuk info lanjut berkenaan ganjaran sempena sambutan 10 tahun ini, sila layari laman AirAsia BIG Loyalty.

Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Berita

Microsoft Defender Akan Hadir Pada Telefon Pintar Android Dan iOS

ariff bukhari

Ditulis

pada

Microsoft melebarkan salah satu ciri keselamatan Windows pada sistem telefon pintar. 

Naib Presiden Korporat Microsoft, Moti Gindi memaklumkan, mereka dalam usaha untuk membawa ciri keselamatan terbina dalam yang ada pada sistem Windows kepada pengguna telefon pintar pula.

Ia termasuklah kepada pengguna telefon pintar Android dan iOS.

Today, we’re announcing another step in our journey to offer security from Microsoft with the public preview of Microsoft Defender ATP for Linux

“Next week at the RSA Conference, we’ll provide a preview of our investments in mobile threat defense with the work we’re doing to bring our solutions to Android and iOS.” Moti Gindi.

Microsoft Defender ATP adalah ciri keselamatan anti perisian hasad terbina dalam yang melindungi pengguna sistem komputer Windows 10.

Ia adalah di bawah seliaan pasukan Microsoft Threat Protection (MTP) yang bertanggungjawab melindungi pengguna daripada serangan penjenayah siber.

Pada tahun lalu, Windows Defender telah tersenarai sebagai antara perisian antivirus terbaik yang ditawarkan kepada pengguna komputer Windows 10 oleh laman AV TEST.

Teruskan Bacaan

Berita

Windows 10 Bakal Hadir Dengan Barisan Rekaan Ikon Baru Bagi Aplikasi-Aplikasi Utamanya

ariff bukhari

Ditulis

pada

Bermula dengan aplikasi Microsoft Office.

Microsoft hari ini mengumumkan pengguna Windows 10 bakal menerima rekaan baru bagi ikon-ikon aplikasi secara berperingkat.

Ia bermula dengan rekaan ikon baru bagi aplikasi pejabat Microsoft Office. Kemudiannya secara berperingkat aplikasi-aplikasi lain yang sedia ada dalam di dalam sistem Windows 10 seperti Alarms & Clock, Calculator, Mail dan Calendar pula akan menerima rekaan ikon baru.

Malah ikon aplikasi-aplikasi yang dipaparkan di Microsoft Store juga akan mula memaparkan rekaan ikon yang baru.

Cuma buat masa ini, hanya pengguna versi Windows 10 Insider Preview Build 19569.1000 dan  Windows Insiders Fast ring sahaja yang akan menerima rekaan ikon baru bagi aplikasi-aplikasi di dalam Windows 10.

Tetapi Microsoft tiada pula menyatakan bilakah rekaan ikon baru ini akan mula hadir pada semua pengguna Windows 10.

Pada Disember 2019 lalu, menerusi pasukan reka bentuk Microsoft, mereka telah perlihatkan lebih awal sampel ikon-ikon baru yang akan digunakan pada aplikasi Microsoft Office 365.

Teruskan Bacaan

Berita

Laman Web “sonymobile.com” Sudah Tiada Lagi

Helmi Samsuri

Ditulis

pada

Persaingan dalam pasaran telefon pintar sememangnya sengit sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Ada syarikat yang kekal diatas, ada yang baru menjengah masuk terus mendapat perhatian dan ada juga yang semakin suram.

Salah satu jenama yang kurang mendapat perhatian akhir-akhir ini adalah Sony yang cukup popular dengan peranti Xperia. Terbaru, laman web “sonymobile.com” yang khusus untuk memaparkan barisan model telefon pintar sudah tiada lagi. Pautan tersebut akan terus membawa pengunjung kepada laman web “sony.com”.

Informasi untuk setiap model telefon pintar kini hanya diakses daripada bahagian Electronics >Mobile pada laman utama Sony tersebut.

Penutupan laman web bagi peranti mudah alih itu dibuat tanpa sebarang pengumuman namun tidak mengejutkan. Ini kerana kita sedia melihat petanda fokus Sony pada pasaran telefon pintar tidak lagi seperti dahulu.

Selain itu, Sony juga sudah mengesahkan bahawa mereka akan menutup forum Official Xperia Support serta menamatkan Sony Mobile Communications AB, perniagaan mudah alih yang berpangkalan di Eropah.

Sumber: Xperia Blog

 

Teruskan Bacaan

Terbaru

Ikut Facebook Kami

Popular