Sambungan Internet Gigabit Tanpa Wayar, Terragraph Akan Dimulakan Di Pulau Pinang

Terragraph merupakan teknologi internet tanpa wayar telah dibangunkan oleh Facebook sejak 2016 lagi.

Menyasarkan sambungan internet berkelajuan Gigabit pantas kepada pengguna dikawasan bandar, ia sudahpun dilancarkan secara rasmi semalam sebagai projek rintis di Pulau Pinang.

Projek rintis ini bakal dikendalikan oleh YTL Communications serta Facebook dan ia merupakan projek berskala besar pertama di rantau Asia.

Terragraf ialah sistem komunikasi tanpa wayar berfrekuensi 60GHz yang mana pemasangannya lebih mudah berbanding membina jaringan fiber.

Pelaksanaan Terragraph di Pulau Pinang akan dimulakan pada Mac di Georgetown dan bakal dikembangkan ke kawasan lain. Ia akan berlanjutan selama tempoh 6 bulan sebelum penilaian keberkesanannya dibuat untuk penawaran yang lebih meluas.

Sumber: The Edge Market