Facebook Dan Qualcomm Mahu Bawakan Sambungan Wi-Fi Yang Pantas Ke Kawasan Bandar

Facebook dan Qualocmm dikhabarkan sedang berganding bahu dalam menyediakan solusi sambungan Wi-Fi yang pantas di kawasan bandar.

Qualcomm dikatakan mahu menggabungkan teknologi Terragraph Facebook yang menggunakan gelombang radio yang tinggi untuk bersama-sama set cip mereka. Terragraph ialah sistem komunikasi tanpa wayar berfrekuensi 60GHz yang lebih menjimatkan kos selain dari membina jaringan fiber ke kawasan-kawasan penting.



Terragraph diharap dapat membantu manusia yang tinggal di kawasan bandar yang padat dalam mendapatkan sambungan internet yang berkualiti tinggi bagi mencipta lebih banyak peluang dan menguatkan komuniti.

Facebook dan Qualcomm dikatakan akan memulakan ujian percubaan bermula pertengahan 2019. Facebook juga berharap sistem Terragraph ini dapat diintegrasikan bersama sistem komunikasi 5G yang akan diperkenalkan selepas tahun 2020.

Sumber